Selepas Thailand dan Laos, hari ini tiba giliran PT Toyota-Astra Motor (TAM) pula untuk melancarkan model generasi baharu Toyota Vios ke pasaran Indonesia.
Vios generasi keempat yang dibina dari pelantar Daihatsu New Global Architecture (DNGA) ditawarkan dalam tiga pilihan varian, iaitu E, G CVT dan G CVT TSS.
Berikut adalah senarai varian dan harga Toyota Vios generasi baharu di Indonesia:
- Vios 1.5 E M/T – Rp 314,900,000 (RM 95,996)
- Vios 1.5 G CVT – Rp 355,200,000 (RM 108,284)
- Vios 1.5 G CVT (warna premium) – Rp 356,700,000 (RM 108,742)
- Vios 1.5 G CVT TSS – Rp 368,400,000 (RM 112,302)
- Vios 1.5 G CVT TSS (warna premium) – Rp 369,900,000 (RM 112,759)
Vios generasi baharu di Indonesia ditawarkan dengan lima pilihan warna, Platinum White Pearl, Attitude Black, Metal Stream Metallic, Grey Metallic dan Red Mica Metallic.
Kesemua varian dikuasakan oleh enjin 1.5L NA 2NR-VE yang menjana 106 PS dan 138 Nm daya kilas. Enjin ini disambungkan dengan pilihan sama ada transmisi manual 5-kelajuan dan CVT dengan pilihan mod pemanduan Eco/Power.
Dari luaran, perbezaan ketara antara varian asas, pertengahan dan juga andalan adalah saiz rim. Untuk varian asas, ia dilengkapi dengan rim bersaiz 16-inci, manakala varian pertengahan dan andalan dipasang dengan rim bersaiz 17-inci.
Di ruang kabin, ia menampilkan unit infohibur gaya terapung 9-inci dengan ketersambungan Apple CarPlay dan Android Auto sebagai kelengkapan standard.
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
Untuk varian lebih tinggi ia dilengkapi kemasan bahan kulit pada bahagian pintu dan konsol tengah, paparan meter digital bersaiz 7-inci, brek parkir elektrik (EPB), stereng larasan teleskopik dan juga pembersih udara.
Dari segi keselamatan pula, ia dilengkapi dengan Toyota Safety Sense yang terdiri daripada:
- Amaran Pra-Perlanggaran dan Brek Pra-Perlanggaran
- Kawalan Jelajah Adaptif
- Amaran Berlepas Hadapan
- Amaran Keluar Lorong dan Pencegahan Keluar Lorong
- Kawalan Injak Pincang Tugas (Pedal Misoperation Control)
- Suluhan lampu tinggi automatik (AHB)
Selain TSS, ciri keselamatan standard yang lain pada Vios generasi baharu terdiri daripada ABS, EBD, BA dengan brek cakera pada semua roda, dua beg udara, penderia parkir, kamera parkir belakang, bantuan mula mendaki (HSA) dan kawalan kestabilan kenderaan (VSC), manakala varian andalan ditambah dengan ciri kawalan cengkaman (TC).
Giliran Malaysia bila pula? Kita tunggu dan lihat!
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
KOMEN TERKINI