ARKIB

KATEGORI

Buletin

Toyota Vios Sports Edition bakal dilancarkan, tempahan kini dibuka

Views

Peminat Toyota Vios pasti akan teruja dan bakal memecahkan tabung ayam masing-masing kerana UMW Toyota Motor bakal memperkenalkan versi istimewa Toyota Vios Sports Edition yang diinspirasikan dari kereta lumba Toyota Gazoo Racing (TGR) Vios Challenge. Penampilan luaran kereta ini hampir sama dengan versi lumba namun anda tidak perlu risau kerana ia boleh didaftarkan untuk kegunaan harian.

Apa yang menarik mengenai Toyota Vios Sports Edition?

  • Aerokit yang sporty dengan spoiler belakang
  • Rim aloi yang dicat hitam
  • Grafik pada badan kereta yang sama dengan kereta lumba
  • Dilengkapi dengan suspensi sport untuk pengendalian yang lebih mantap
  • Pusat graviti kereta lebih rendah 27mm bagi mengurangkan olengan badan semasa mengambil selekoh dan mempertingkatkan kestabilan
  • Fabrik tempat duduk ekslusif dan alas kaki yang dihiasi dengan emblem Sports Edition
  • Tombol gear yang sporty
  • Scuff plate pada sil pintu dan ruang kaki hadapan beriluminasi dengan cahaya berwarna Amber

Harga Vios Sports Edition ini ditawarkan pada RM85,300 (tidak termasuk insurans), serta didatangkan dengan waranti lima tahun tanpa had perbatuan, tertakluk kepada terma dan syarat. Selain itu pembeli model ini akan menerima barangan cenderahati Sports Edition secara percuma yang merangkumi t-shirt polo TGR yang tertera dengan nama mereka, topi dan bekas air. Tempahan kini dibuka di mana-mana bilik pameran Toyota seluruh negara. Layari laman sesawang toyota.com.my untuk maklumat lanjut.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply