Ini informasi terbaharu mengenai Toyota Yaris ATIV@Vios (D92A) yang kami perolehi menerusi portal permotoran Thailand, autolifethailand.tv.
Untuk pasaran “Negara Gajah Putih” itu, ada empat pilihan varian ditawarkan iaitu 1.2 Sport CVT, 1.2 Smart CVT, 1.2 Premium CVT, dan 1.2 Premium Luxury CVT dengan tujuh pilihan warna.
Buat permulaan, versi dengan enjin 1.2 liter petrol aspirasi alami (NA) VVT-iE (3NR-VE) akan dilancarkan terlebih dahulu, manakala versi hibrid pula bakal menyusul pada tahun hadapan.
Enjin ini mampu menghasilkan 92 kuasa kuda pada 6,000 rpm dengan daya kilas maksima 109 Nm pada 4,400 rpm. Ia digandingkan dengan transmisi automatik Super CVT-i.
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
Berikut adalah perincian ringkas Yaris ATIV@Vios (D92A) mengikut varian:
Yaris ATIV 1.2 Sport CVT (Spesifikasi asas)
- Rim aloi 16-inci
- Lampu hadapan dan belakang jenis LED
- Kemasan dalaman upholsteri fabrik
- Papan pemuka hadapan dengan lapisan sentuh lembut kemasan kulit
- Sistem Kemasukan Tanpa Kunci Pintar
- Butang penghidup enjin
- Unit infohibur dengan skrin sentuh 8-inci yang menyokong Apple CarPlay / Android Auto
- Sistem Telematik T-Connect
- Sistem brek anti-kunci (ABS)
- Agihan daya brek elekronik (EBD)
- Sistem bantuan brek (BA)
- Kawalan kestabilan kenderaan (VSC)
- Kawalan cengkaman (TRC)
- Bantuan mula mendaki (HAC)
- 6 beg udara (tirai bahagian hadapan)
Yaris ATIV 1.2 Smart CVT (tambahan dari varian 1.2 Sport CVT)
- Antena sirip jerung
- Kemasan tempat duduk kulit
- Kelompok paparan meter MID bersaiz 7-inci
- Unit infohibur dengan skrin sentuh 9-inci
- Lampu hadapan automatik
- Sistem Toyota Safety Sense
Yaris ATIV 1.2 Premium CVT (tambahan dari varian 1.2 Smart CVT)
- Pencahayaan ambien 64 warna di dalam kabin
- Sistem pendingin hawa automatik
- Brek parkir elektronik (EPB) dengan Auto Brake Hold
- Sistem amaran titik buta (BSM)
- Amaran lintasan di belakang (RCTA)
- Kawalan Jelajah Radar Dinamik dengan Henti & Mula
- Penderia parkir
- Perakam video digital (dashcam)
- Kamera pandangan sekeliling 360 darjah
Yaris ATIV 1.2 Premium Luxury CVT (tambahan dari varian 1.2 Premium CVT)
- Cermin sisi kemasan hitam berkilat
- Balutan tempat duduk kemasan kulit berwarna merah
- Lampu suasana pada papan pemuka hadapan
- Sistem audio Pioneer dengan 6 pembesar suara
Nantikan kemunculannya pada 9 Ogos nanti!
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
KOMEN TERKINI