ARKIB

KATEGORI

Buletin

Toyota Yaris Crossover (D03B) bakal dilancarkan suku ketiga (Q3) 2023 di Thailand, ini ke Perodua (D66B)?

Berita Global

Views

Sebuah lagi model crossover dari pelantar Daihatsu New Global Architecture (DNGA) kini sedang dibangunkan oleh pihak Toyota.

Menurut portal permotoran Headlightmag.com, model dengan kod projek (D03B) ini dijangka diperkenalkan seawal suku ketiga (Q3) atau suku keempat (Q4) 2023 di Thailand.

Dikatakan Toyota Motor (Thailand) akan memperkenalkan crossover segmen-B baharu ini untuk pasaran negara membangun seperti di rantau Asia Tenggara (ASEAN).

JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…

Model crossover ini bakal menerima pilihan rangkaian kuasa, enjin petrol aspirasi alami (NA) 1.5 liter yang disambungkan kepada transmisi D-CVT dengan pacuan roda hadapan (FWD) dan enjin e:Smart Hybrid yang dilengkapi dengan ciri Injak Pintar (Smart Pedal).

Sistem suspensinya akan menggunakan jenis topang MacPherson di hadapan, manakala rasuk kilasan (torsion beam) di belakang. Ia dijangka akan berkongsi banyak komponen bersama dengan Yaris ATIV/Vios serba baharu.

Adakah ini model crossover segmen-B yang bakal mempunyai versi Perodua, dikenali dengan namakod D66B? Jika berpandukan kepada maklumat di atas, boleh dikatakan ia memang model yang sama.

JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu (D92A)

Bakal pesaing terkuat kepada Proton X50 ini bakal dijana dengan enjin Dual VVT-i 1.5L untuk varian asas dan pilihan trenkuasa hibrid untuk varian andalan.

Menurut jangkaan, D66B akan tiba pada suku ketiga atau keempat 2023 dan Perodua kini sedang rancak membangunkannya bersama-sama dengan Toyota. Untuk pengetahuan, model ini tiada versi Daihatsu.

Bukan itu sahaja, Perodua telah pun mendaftarkan tanda dagang bagi nama Nexis dan Traz di portal rasmi Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) bagi kegunaan model baharu mereka itu nanti.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Idiyaz Baharuddin

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X90 (VX11) singgah di Kuantan!
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan
JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan
JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply