ARKIB

KATEGORI

Tular

Trafik terpaksa tahan ambulans, elak bertembung dengan konvoi PM

Berita Tempatan

Views

Rakaman video yang memaparkan polis trafik menahan sebuah ambulans bagi memberi laluan untuk konvoi masuk ke jalan utama di Johor Bahru tular di media sosial, dengan orang ramai mempersoalkan tindakan itu.

Menurut portal Malaysiakini, insiden yang berlaku pada Sabtu lalu, melibatkan konvoi Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selepas beliau melancarkan program Aspirasi Keluarga Malaysia di Plaza Angsana di Johor Bahru.

Rakaman dashcam menunjukkan ambulans swasta dengan siren dibunyikan ditahan untuk memberi laluan kepada konvoi itu dimuat naik di media sosial semalam.

JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”

Seorang sumber daripada pihak penguatkuasaan berkata, ambulans tersebut ditahan kerana konvoi tersebut, yang bergerak dari arah Taman Tasek, telah masuk ke jalan utama dengan kelajuan tinggi dari jejambat.

Sumber itu berkata, jika ambulans itu dibenarkan meneruskan perjalanan, ia berisiko bertembung dengan konvoi di depannya.

Namun, katanya lagi, ambulans itu diberi keutamaan berbanding kenderaan lain dan dibenarkan meneruskan perjalanan terlebih dahulu selepas konvoi berlalu.

JOM BACA >> INTIP: Prototaip ujian trak pikap Geely Hao Yue (VX11)@Proton X90 dikesan, bakal jadi model EV?

Malaysiakini menghubungi ibu pejabat polis Bukit Aman berhubung insiden itu, dan pihak polis menyambungkan pertanyaan kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik. Jabatan itu belum memberi maklum balas.

Ketua Polis Johor Kamarul Zaman Mamat ketika dihubungi berkata, satu kenyataan akan dikeluarkan oleh ibu pejabat polis daerah (IPD) Johor Bahru Utara.

Pada Disember lalu, sebuah ambulans turut ditahan di Hulu Langat, Selangor bagi memberi laluan kepada konvoi Perdana Menteri ketika beliau melawat kawasan yang terjejas akibat banjir.

Selepas rakaman video insiden itu tular, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor menjelaskan langkah itu dibuat atas faktor keselamatan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC2 naik Genting Highlands pula
JOM BACA >> SPEKULASI : Axia generasi kedua (D74A) sedang dibangunkan, bakal dilancar pada 2023?
JOM BACA >> INTIP: Proton X50 ini kelihatan seperti sedang ‘menguji sesuatu’
JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply