Bernama melaporkan, seorang kru kapal penyelenggaraan minyak dan gas Dayang Topaz maut selepas kapal berkenaan karam di perairan kira-kira 7.7 batu nautika dari Kuala Baram di Miri, pagi ini, menurut Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).
Ketua Pengarah APMM Laksamana Maritim Datuk Mohd Zubil Mat Som berkata Pusat Koordinasi Mencari dan Menyelamat (MRCC) Putrajaya menerima aduan daripada kapal Sapura Constructor pada 6.45 pagi melaporkan menerima isyarat kecemasan daripada kapal Dayang Topaz.
JOM BACA >> Ini jumlah modal yang bakal ‘hangus’ kalau nak ubah Yamaha R25 anda jadi versi Power Rangers
Menurut beliau, Sapura Constructor bergerak ke lokasi untuk mengesan kedudukan sebenar kapal Dayang Topaz yang didapati mulai karam dengan 62 kru masih berada di atas kapal manakala 125 lagi terjun ke laut. Beliau berkata tiga kapal dan sebuah bot milik APMM yang berpangkalan di Miri digerakkan ke lokasi kejadian bersama tujuh kapal dan bot milik syarikat Petronas dan Shell.
Katanya, semua kru yang terjun berjaya diselamatkan kira-kira 9.29 pagi, seorang meninggal dunia dan berdasarkan maklumat awal, salah satu kabel sauh kapal Dayang Topaz terputus berikutan cuaca buruk, menyebabkan pelanggaran dengan platform.
JOM BACA >> Elakkan memandu dalam keadaan tangki minyak kereta hampir kering, ini akibatnya…
Mohd Zubil berkata MRCC Putrajaya sedang bekerjasama dengan beberapa agensi termasuk Petronas, Shell, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) , Jabatan Bomba dan Penyelamat, nelayan tempatan serta Pusat Koordinasi Mencari dan Menyelamat Brunei yang telah mengerah sebuah pesawat milik Brunei Shell Petroleum membantu operasi menyelamat.
Jelasnya. aset-aset APMM seperti KM Siagut, KM Siakap dan Bot Penggalang 23 dikerah untuk memantau operasi menyelamat. Tambah beliau lagi, operasi menyelamat dijalankan dalam keadaan laut bergelora dengan ketinggian ombak mencecah empat meter.
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia
JOM BACA >> Mutu khidmat lepas jualan teruk, lelaki ini rasa menyesal beli Proton X70
JOM BACA >> Ada pemilik Proton X70 resah terpaksa ‘tunggu stok alat ganti’ sampai berbulan-bulan?
JOM BACA >> MESTI TONTON : Tengah syok rakam video Proton X50 sedang diuji, tiba-tiba…
JOM BACA >> MESTI BACA : Ini empat ‘rencah rahsia’ yang membuatkan Proton X50 ‘lebih sedap’ untuk dipandu!
JOM BACA >> Geely bongkar rahsia enjin 1.5TD pada model Proton X50
KOMEN TERKINI