ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tragedi kepala air – 32 pengunjung terperangkap, Aruz dan Savvy hanyut dibawa arus deras

Berita Tempatan

Views

Seramai 32 pengunjung di Lata Payung, Ulu Kasar, Sungai Tong di Setiu berdepan detik cemas apabila mereka terperangkap dalam kejadian kepala air selepas hujan lebat, semalam.

Menurut UTUSAN, dalam kejadian pada pukul 5.30 petang itu, tiada mangsa yang hanyut dan lemas selepas kebanyakan mereka yang sedang mandi di sungai dan berehat di kawasan rekreasi itu berada tempat selamat.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Afandi Hussin berkata, kesemua mangsa yang berada di kawasan rekreasi tersebut terperangkap apabila air sungai tersebut secara tiba-tiba mengalir deras dan paras air semakin tinggi.

Selain itu, katanya, sebanyak enam buah kereta yang diletakkan di kawasan itu turut terperangkap dan dua daripada kereta tersebut iaitu jenis Perodua Aruz dan Proton Savvy dihanyutkan arus deras.

JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

Mangsa terperangkap terdiri daripada tujuh lelaki dewasa, 12 perempuan dewasa serta 13 kanak-kanak dan mereka diselamatkan oleh orang awam yang berada di tempat kejadian.

Kesemua mangsa terselamat dan mereka diselamatkan oleh orang awam yang berada di tempat kejadian. Anggota polis dan bomba yang tiba di tempat kejadian 6.30 petang tidak dapat memasuki ke tempat kejadian kerana arus deras.

Beliau memberitahu, semua mangsa dibawa ke Masjid Merbau Menyusut Sungai Tong pada 8.40 malam oleh polis, bomba serta orang awam untuk proses dokumentasi serta didapati tiada mangsa yang hilang atau lemas.

Sementara itu, seorang pengunjung yang mahu dikenali sebagai Ridzuan, 36, berkata, hujan lebat mulai turun pukul 4 petang dan hanya berhenti sejam kemudian sebelum air sungai tiba-tiba menjadi deras dan keruh.

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

Katanya, dalam masa lima minit selepas itu fenomena kepala air melanda tempat tersebut sehingga air sungai melimpah ke kawasan letak kenderaan dan menghanyutkan dua buah kenderaan.

Sebelum kejadian mencemaskan itu, dia sempat membawa naik anak-anak dan ahli keluarga lain yang sedang mandi sebelum kepala air tiba-tiba datang dari atas bukit.

Dia melihat suasana di bawah sudah kecoh selain ada lapan orang tidak sempat naik dan bertarung nyawa dalam keadaan kepala air sedang deras sebelum diselamatkan.

Dua orang termasuk dirinya menyambung tali untuk membantu mangsa menyeberang ke tebing dan kami melihat dua daripada enam buah kereta yang berada di kawasan itu telah hanyut.

Ridzuan yang juga seorang peniaga memberitahu, kejadian itu menyebabkan jalan keluar masuk ke Lata Ulu Kasar ditutup sekali gus menyukarkan usaha pihak berkuasa datang membantu.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply