ARKIB

KATEGORI

Buletin

Trak bawa 24 anggota tentera untuk mengundi awal terbalik

Berita Tempatan

Views

Sebuah trak membawa 24 anggota tentera yang dalam perjalanan untuk mengundi awal terbabit dalam nahas di Kilometer 13, Jalan Chengkau-Pilin dekat Durian Daun, di Rembau pagi tadi.

KOSMO! ONLINE melaporkan, Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Hazri Mohamad berkata, kemalangan itu membabitkan lori Regimen 11 Kor Armor Diraja Gemas yang terbalik di lokasi kejadian.

JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

Menurutnya, ketika kejadian, kesemua anggota tentera tersebut dalam perjalanan ke Pusat mengundi di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda) di Port Dickson. Lapan anggota cedera dan dikejarkan ke hospital bagi rawatan lanjut.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota, Penolong Penguasa Bomba Ahmad Hafiz Mat Junoh berkata, pihaknya menerima panggilan pukul 11.47 pagi dan sebaik tiba di lokasi didapati seorang anggota tersepit di tempat duduk belakang.

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023

Pihak kami menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit. Dua mangsa dalam kejadian itu cedera parah.

Berdasarkan laporan awal, seramai 18 mangsa berada di Hospital Rembau yang mana dua orang ditempatkan di Zon Merah, tujuh (Zon Kuning) dan sembilan (Zon Hijau). Mangsa dihantar ke hospital dengan menggunakan lima buah ambulans.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan

JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply