ARKIB

KATEGORI

Buletin

Trak Isuzu jadi pilihan City-Link Express

Berita Tempatan

Views

Baru-baru ini, Isuzu Malaysia telah menyerahkan sebanyak 90 unit trak komersialnya kepada syarikat City-Link Express (M) Sdn Bhd. Majlis penyerahan trak model ELF 4-wheeler (NLR77UUEE-2E) tersebut telah diadakan di Gudang City-Link Express di Cheras, Kuala Lumpur yang baharu sahaja beroperasi.

City-Link Express mula menggunakan trak jenama tersebut sejak tahun 2011 dan pemerolehan terbaharu ini dijangka dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat tersebut. Trak-trak ini akan digunakan untuk pelbagai perkhidmatan khusus seperti penyimpanan produk dalam persekitaran bersuhu terkawal, sebelum produk dibungkus dan dihantar.

Ketua Pegawai Operasi Isuzu Malaysia Sdn Bhd Atsunori Murata menyampaikan penghargaannya terhadap City-Link Express di atas kepercayaan yang berterusan, kerana sentiasa menjadikan rangkaian trak Isuzu Malaysia sebagai pilihan utama.

JOM BACA >> Adakah ini model skala kereta terbang pertama Malaysia?

Sebagai tanda penghargaan, Koji Nakamura, selaku Ketua Pegawai Eksekutif Isuzu Malaysia Sdn Bhd, telah menyerahkan kunci replika simbolik dan saguhati penghargaan kepada Ketua Pegawai Eksekutif City-Link Express, Ronald Tan.

Turut hadir di majlis tersebut ialah Pengurus Kanan Jualan City-Link Express, Colin Tan. Sebelum ini, pada bulan Februari 2019, sesi latihan telah dianjurkan untuk para pemandu City-Link Express di gudang dan pusat operasi mereka yang terletak di Saujana Putra.

Sesi latihan tersebut merangkumi topik-topik tentang pengetahuan produk dan penyenggaraan asas, supaya para peserta dapat dilengkapkan dengan pemahaman yang mendalam mengenai trak-trak yang baharu sahaja diperolehi City-Link Express, selain daripada mencapai kaedah pemanduan yang lebih ekonomi dan selamat.

JOM BACA >> AAM hilang hak penganjuran acara sukan bermotor di Malaysia – Adakah MAM bakal jadi pengganti?

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply