MAN Truck & Bus (M) Sdn Bhd (MAN Malaysia) terus menerima sambutan yang amat menggalakkan terhadap rangkaian Trak MAN Baharu berkuasa Euro V terutama sekali dari wilayah Selatan.
Pengurus Besar MAN Malaysia, Andrew O’Brooks, berkata syarikat berterima kasih atas sokongan industri serta bilangan pelanggan yang baharu dan pelanggan berulang yang semakin meningkat.
Beliau berkata demikian semasa majlis penyerahan Trak MAN Baharu kepada syarikat pengangkutan berpangkalan di Johor yang disaksikan oleh lebih 50 orang ahli Persatuan Pengusaha Lori Johor (JTA).
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
Pada majlis penyerahan tersebut, tiga buah syarikat yang mengendalikan Trak MAN generasi terdahulu menerima Trak MAN TGS Baharu berkuasa Euro V bersama dua lagi pelanggan baharu yang menerima trak MAN pertama mereka.
Pelanggan setia yang terdiri daripada Sri Kulai Transport Sdn Bhd dan Kiaan Yap Transport Sdn Bhd menerima MAN TGS 6×4 Baharu manakala Chain Hub Sdn Bhd menerima kunci untuk MAN TGS 6×2 Baharu.
Dua lagi syarikat yang menjadi ahli keluarga baharu MAN ialah Modern Wong Transport Sdn Bhd dan Soong Ki Trading Sdn Bhd yang memilih MAN TGS 6×4 Baharu.
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu (D92A)
O’Brooks menambah bahawa MAN Malaysia kini bersedia untuk memenuhi permintaan kumpulan pelanggan yang semakin meningkat di negara ini.
Selepas hampir tiga dekad di Rawang, syarikat telah memindahkan ibu pejabatnya ke kemudahan bersepadu yang moden dan luas di Shah Alam. Kemudahan ini akan menempatkan keseluruhan operasi syarikat, termasuk pemasangan kenderaan, di bawah satu bumbung.
Trak MAN Baharu dengan enjin Euro V sebagai enjin standard menerajui pencapaian keselesaan memandu, kecekapan penggunaan bahan api, sistem bantuan, rangkaian digital dan yang paling penting, kemampanan.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X90 (VX11) singgah di Kuantan!
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan
JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan
JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ
KOMEN TERKINI