ARKIB

KATEGORI

Buletin

Trak pikap elektrik RADAR dikenali sebagai RD6

Berita Tempatan

Views

Menjelang pelancaran rasminya malam ini, Geely mula menyiarkan foto-foto awal trak pikap elektrik di bawah jenama RADAR, yang dikenali sebagai RD6.

Model ini menampilkan reka bentuk yang moden dan ranggi serta muncung hadapan yang sedikit pendek, tidak seperti trak pikap yang lain.

JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!

Jenama RADAR disasarkan kepada profesional muda yang tinggal di bandar-bandar besar yang suka beriadah pada hujung minggu. RD6 dikatakan mempunyai saiz seperti Toyota Hilux.

Ia bakal ditawarkan dengan pilihan pacuan-roda belakang dan pacuan-empat roda dengan output antara 200 kuasa kuda hingga ke 400 kuasa kuda.

JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!

Dalam salah satu foto, kita dapat melihat satu foto RD6 dengan kemasan luaran dwitona yang mungkin varian andalan berlatarbelakangkan suasana kota.

Apa pun, kita nantikan pelancaran rasmi RADAR RD6 untuk info selanjutnya.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply