ARKIB

KATEGORI

Buletin

Isuzu Malaysia bakal perkenal trak pikap kos rendah D-Max Low-Ride 4×2 MT – Tempahan kini dibuka, harga dari RM92,199.20

Berita Tempatan

Views

Isuzu Malaysia bakal memperkenalkan model trak pikap kos rendah, Isuzu D-Max Low-Ride 4×2 MT. Isuzu D-Max Low-Ride hanya ditawarkan dalam pilihan warna Splash White sahaja.

Berikut adalah harga Isuzu D-Max Low-Ride (atas jalan tanpa insuran):

  • Semenanjung Malaysia – RM92,199.20
  • Sabah – RM94,279.60
  • Sarawak – RM 94,170.30

Jentera kerja yang boleh dipercayai dengan pelbagai kemampuan ini disasarkan untuk kegunaan perniagaan di kawasan bandar dan sekitarnya.

Ia juga disasarkan kepada pelanggan yang memerlukan kenderaan yang mudah membawa muatan, mempunyai ruang luas serta kos penggunaan yang rendah untuk mempertingkatkan lagi kecekapan dalam menjalankan operasi perniagaan mereka.

Model ini berkongsi spesifikasi yang sama dengan D-Max 1.9 liter Single Cab yang paling asas dengan melibatkan sedikit peningkatan.

JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua

D-Max Low-Ride hanya akan ditawarkan dengan enjin RZ4E-TC 1.9 liter yang digandingkan bersama kotak gear manual enam-kelajuan bagi memastikan kos pemilikan dan penggunaan yang rendah.

Rangkaian kuasa ini telah terbukti kecekapannya dalam perjalanan sejauh 2,000 km, dengan hanya menggunakan satu tangki diesel sahaja, sekali gus layak tercatat dalam buku rekod.

Ketua Pegawai Eksekutif Isuzu Malaysia, Shunsuke Okazoe berkata, model ini mempunyai rekaannya yang ringkas tetapi tahan lasak, kepelbagaian konfigurasi serta sistem janaan kuasa yang cekap.

Ia bagi memastikan pelanggan memiliki antara kenderaan dengan kos penggunaan serta penyelenggaraan yang paling rendah dalam pasaran trak pikap ketika ini.

Dengan ketinggian ruang kargo yang hanya 78 cm dari permukaan tanah, Isuzu D-Max Low-Ride memudahkan pengguna untuk mengangkut muatan.

JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu

Barangan bersaiz besar mudah dinaikkan dan diturunkan, sementara barangan kecil menjadikan urusan itu lebih bersahaja.

Ruang kabinnya juga luas dan selesa dan boleh memuatkan lima penumpang, menjadikan kenderaan ini sesuai untuk mengangkut tenaga kerja yang ramai, atau kelengkapan yang pelbagai untuk pekerjaan di lokasi lain.

Ia dilengkapi dengan kerusi balutan fabrik, sistem hiburan DIN tunggal dengan ciri Bluetooth, stereng larasan atas-bawah dan teleskopik, sistem kunci berpusat dan juga cermin sisi larasan elektronik.

Dari segi keselamatan penumpang dan kargo, ia dilengkapi dengan Sistem Brek Anti-kunci (ABS), Agihan Daya Brek Elektronik (EBD), Bantuan Brek (BA), Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC), Sistem Kawalan Cengkaman (TCS), Bantuan Mendaki (HSA) dan Kawalan Menurun (HDC).

Trak pikap ini turut dilengkapi dengan dua beg udara, Brake Override System (BOS), Isyarat Berhenti Kecemasan, lampu Follow-Me Home serta penderia undur dan telah menerima penarafan lima-bintang ASEAN NCAP.

Tempahan bagi model ini sudah boleh dibuat menerusi semua pengedar sah Isuzu seluruh negara. Penyerahan kepada pelanggan dijangka bermula pada Februari 2025. Tempoh jaminan yang diberikan adalah selama lima-tahun/150,000 km.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply