ARKIB

KATEGORI

Buletin

Treler angkut kayu balak saiz ‘luar biasa’ bukan dari hutan Pahang

Tular

Views

Kayu balak bersaiz ‘luar biasa’ dibawa sebuah treler yang berhenti di Hentian Rehat dan Rawat (RNR) Temerloh, Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) sebagaimana yang tular di laman sosial semalam, bukan dari hutan Pahang.

Menurut Sinar Harian, Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) menjelaskan, treler bersama muatan kayu balak itu difahamkan dalam perjalanan dari Terengganu menghala ke sebuah kilang kayu di Selangor.

JOM BACA >> INTIP : Foto papan pemuka Iriz Active bocor!

Treler tersebut telah ditahan untuk pemeriksaan di RNR Gombak dan semakan oleh pihak JPNP mendapati kenderaan berat bersama muatan itu adalah sepertimana yang diviralkan melalui akaun Facebook milik seorang aktivis alam sekitar.

Bagaimanapun hasil semakan mendapati maklumat lori dan balak yang dibawa sama dengan butiran yang dinyatakan dalam pas pemindahan dikeluarkan Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu. Melalui kenyataan itu, JPNP menghargai aduan berhubung perkara tersebut dan berharap ia disalurkan secara terus ke jabatan atau agensi kerajaan berkaitan termasuk JKNP agar tindakan lebih pantas dapat diambil.

JOM BACA >> INTIP : Iriz Active ke tu?

Jelas kenyataan tersebut, jabatan ini sentiasa peka dan bertanggungjawab terhadap semua aduan yang dilaporkan bagi memastikan tindakan tegas dan segera dapat diambil demi menjaga serta memelihara khazanah hutan negeri.

Terdahulu, aktivis berkenaan memuat naik gambar lori yang membawa kayu balak besar yang sempat dirakam ketika berhenti di RNR Temerloh pada petang Ahad. Berdasarkan keterangan gambar yang disertakan bersama gambar-gambar dikongsikan, individu tersebut curiga dengan kayu balak itu yang disyaki dari hutan simpan dilindungi berdasarkan saiznya yang begitu besar.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Jabatan Perhutanan Negeri Pahang

JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton
JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply