ARKIB

KATEGORI

Buletin

Treler hempap lori – Tiga maut

Berita Tempatan

Views

Tiga maut dalam satu kemalangan ngeri yang melibatkan sebuah lori dan sebuah treler di hadapan stesen minyak Petronas di Jalan Kluang-Batu Pahat pagi tadi. Menurut Sinar Harian, dalam kejadian pada jam 6.28 pagi, lori seberat tiga tan dengan muatan peralatan bengkel bertembung dengan sebuah treler yang membawa muatan simen.

JOM BACA >> IMBAU KEMBALI : Rupanya Proton Sembilu pernah wujud di era 90-an

Kemalangan itu mengakibatkan treler menghempap lori dan menyebabkan pemandu lori, Mohamad Azraai Mohamad Rizal, 24, dan dua kelindannya, Sadam Hussin Hamidon, 30, Deli Mustapha, 59, tersepit. Seramai 18 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Hitam serta BBP Kluang dengan sebuah jentera Fire Rescue Team (FRT) serta satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) bergegas ke lokasi kejadian.

JOM BACA >> INTIP : Yamaha Exciter 155 VVA 2021 (Y Suku V3) mulakan ujian di Malaysia

Komander Operasi dari BBP Ayer Hitam, Penolong Pegawai Bomba Mohamad Shamin Mohamed Salikin Shoromi Salih berkata, pihaknya mengeluarkan mangsa dengan menggunakan peralatan khas dibantu sebuah kren. Tambahnya, semua mangsa tersepit di tempat duduk dan berjaya dikeluarkan dalam masa kira-kira dua jam.

Ketiga -tiga mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang hadir di lokasi. Katanya lagi, semua mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis. Bagaimanapun pemandu treler berkenaan, Saiful Nizam Mansor, 39, terselamat dan operasi tamat pada jam 8.43 pagi.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> PANAS! Foto Proton Iriz R3 Limited Edition sekali lagi tertiris, kali ini lebih jelas!
JOM BACA >> PANAS : Saga R3 Limited Edition ke tu?
JOM BACA >> Proton X30 – Versi ‘katik’ X50
JOM BACA >> Bezza GR pulak dah… nak lawan Toyota Vios
JOM BACA >> Model-model baharu yang paling dinanti-nantikan tahun 2021

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply