ARKIB

KATEGORI

Buletin

Treler kontena terbakar, pemandu rentung

Berita Tempatan

Views

Seorang lelaki ditemui rentung selepas treler kontena dipandunya terbabas dan terbakar di Kilometer (km) 145.9 Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Bukit Gambir, di Tangkak, hari ini.

K! ONLINE melaporkan, dalam kejadian kira-kira pukul 7.36 pagi itu, mangsa yang meninggal dunia dikenali sebagai Aminrullrashed Azman, 38.

JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Gambir, Penolong Penguasa Bomba Mohd. Farizan Mokhtar berkata, sebelum kejadian, mangsa memandu treler tanpa muatan secara bersendirian.

Katanya, ketika tiba di lokasi kejadian, pemandu treler itu dipercayai gagal mengawal kenderaan lalu terbabas dan melanggar pembahagi jalan.

JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala

Akibat rempuhan itu, mangsa terperangkap dan gagal keluar daripada kenderaan sebelum berlaku kebakaran. Jelas beliau, kebakaran itu memusnahkan sehingga 90 peratus kepala lori dan 20 peratus bahagian kontena.

Katanya, operasi membawa mangsa keluar dan pemadaman di bawah seliaan Pegawai Bomba Kanan II, Mohd. Khalid Mohd. Aris telah mengambil masa kira-kira 40 minit.

Menurut Mohd. Farizan, seramai 13 anggota bersama tiga jentera dikejarkan ke lokasi kejadian dan pihaknya menggunakan kaedah dua aliran salur bantu mula dan satu aliran busa (foam) sumber air daripada lori tangki air (water tanker).

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply