ARKIB

KATEGORI

Tular

Treler ‘tak sempat brek’ rempuh 11 kenderaan di lampu isyarat

Tular

Views

Sebanyak 11 buah kenderaan yang berhenti di sebuah lampu isyarat mengalami pelbagai kerosakan akibat dirempuh sebuah treler yang gagal berhenti di Persiaran Tengku Ampuan menghala Puchong, berhampiran sebuah restoran makanan segera di Shah Alam, tengah hari tadi.

Sinar Harian melaporkan, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, kesemua mangsa terlibat dalam kemalangan sekitar jam 12.09 tengah hari itu tidak mengalami sebarang kecederaan dan kesemuanya telah hadir membuat laporan.

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

Hasil siasatan, mendapati treler tersebut tidak sempat membrek apabila kenderaan di hadapannya berhenti mengejut lalu melanggar bahagian belakang kereta tersebut.

Kemalangan juga dipercayai melibatkan sebanyak 11 buah kenderaan yang sedang berhenti di lampu isyarat. Mohd Iqbal berkata, ujian air kencing didapati negatif dadah manakala hasil semakan mendapati pemandu treler terbabit tiada sebarang rekod jenayah lampau.

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya sehingga mengganggu pengguna jalan raya lain.

Tambah beliau, saksi kejadian diminta membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, Inspektor Muhammad Hasrul Suhiami di talian 011-31215697.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply