ARKIB

KATEGORI

Buletin

TREVO Guard tawar pembaharuan insurans motor dengan mudah dan pantas

Berita Tempatan

Views

TREVO telah memperkenalkan TREVO Guard, yang merupakan perkhidmatan pembaharuan insurans motor untuk semua pemilik kereta melalui aplikasinya. Dengan TREVO Guard, polisi yang ditawarkan turut menumpukan kepada ciri-ciri perlindungan khusus yang memenuhi keperluan insurans wajib bagi pemilik kereta di dalam ekosistem moden perkongsian kereta individu-ke-individu dan juga e-hailing.

Buat masa ini, hanya polisi insurans motor baharu daripada Allianz boleh didapati menerusi TREVO Guard. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SOCAR dan TREVO Malaysia, Leon Foong, pihaknya mahu menjadikan proses memperbaharui insurans motor lebih mudah, pantas dan baik di samping turut menawarkan pelbagai ganjaran.

JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k

Tambahnya, pihaknya turut menawarkan kereta ganti percuma kepada semua pelanggan mereka bagi sejumlah hari di dalam platform SOCAR dan TREVO, semasa kereta mereka berada di bengkel. Bagi pembaharuan 1,000 TREVO Guard pertama, pemilik kereta akan menerima pelbagai ganjaran termasuklah kereta ganti sementara percuma sehingga 7 hari setahun jika kereta yang diinsuranskan tidak boleh dipandu.

Bukan itu sahaja, penggunaan ‘rakan pemandu’ peribadi juga ditawarkan secara percuma bagi membawa mereka di dalam kereta mereka sendiri untuk 2 kali perjalanan selama 2 jam, dalam setahun. Sementara itu, TREVO Host yang termasuk di antara 1,000 pembaharuan baru pertama juga akan menerima rebat tunai sebanyak RM128.

JOM BACA >> Ottimo sedang persiapkan ‘supermoped’ 175cc baharu?

Ketua Pegawai Eksekutif TREVO Malaysia, Susan Teoh berkata, telah menyaksikan semakin ramai orang menyertai pasaran P2P dalam tempoh 14 bulan sejak syarikat mereka dilancarkan. Tambahnya, bilangan ahli juga telah meningkat sehingga 121,000 orang, dengan lebih daripada 4,600 kereta disenaraikan.

Untuk memulakan proses memperbaharui insurans motor anda melalui TREVO Guard, muat turun aplikasi dan daftar akaun TREVO. Kemudian, selepas anda log masuk, cuma klik ikon ‘TREVO Guard’ dan isi nombor pendaftaran kenderaan dan nombor kad pengenalan anda (atau nombor pasport untuk bukan warganegara) bagi mendapatkan sebut harga insurans motor anda dalam tempoh 24 jam.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Proton Iriz MC3 crossover dirakam dari jarak dekat, terlihat sedikit bahagian dalam
JOM BACA >> Proton X50 dipandu penasihat jualan alami kemalangan semasa dalam perjalanan untuk diserah kepada pelanggan?
JOM BACA >> Bergesel dengan Exora terbabas punca gandar belakang Alza ini tercabut
JOM BACA >> Berkat jaga ibu sedang sakit, lelaki ini cuma bayar RM1 dan dapat beli Proton X50 di Shopee!
JOM BACA >> Gambaran 3D “King@Myvi” generasi keempat

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply