ARKIB

KATEGORI

Buletin

Trip perjalanan feri Langkawi-Kuala Kedah ditambah sempena Tahun Baharu Cina

Berita Tempatan

Views

Perkhidmatan feri penumpang dari Langkawi ke Kuala Kedah akan ditambah empat trip untuk dua destinasi itu sempena cuti perayaan Tahun Baharu Cina.

Menurut Berita Harian, jumlah trip perjalanan dari Langkawi ke Kuala Kedah pada 21 Januari ini adalah sebanyak sembilan trip manakala dari Kuala Kedah ke Langkawi, 11 trip.

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan

Lembaga Pengarah Syarikat Ferry Line Ventures Sdn Bhd, Ku Azhar Ku Abdul Razak, berkata hasil pemantauan trend pembelian tiket secara dalam talian pada tarikh berkenaan melalui Terminal Feri Penumpang Kuala Kedah, menunjukkan peningkatan secara mendadak.

JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan

Berikutan itu, pihak konsortium mencadangkan jadual feri tambahan pada tarikh berkenaan, bermula jam 11 pagi, 1 tengah hari, 3 petang dan 5 petang dari Langkawi ke Kuala Kedah manakala dari Kuala Kedah pula bermula jam 2 petang, 4 petang, 6 petang dan 8 malam.

Beliau berkata, konsortium juga bercadang untuk memperbanyakkan lagi trip pelayaran feri tambahan sepanjang cuti Tahun Baharu Cina ini melalui Terminal Feri Penumpang Kuala Kedah pada 19 Januari hingga 29 Januari, bermula 7 pagi hingga 7 malam sekiranya trend pembelian tiket meningkat.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Langkawi Ferry Line Ventures

JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ
JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply