ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tubuh pejalan kaki hancur berkecai digilis treler

Berita Tempatan

Views

Seorang pejalan kaki maut dalam keadaan tubuhnya berkecai akibat digilis sebuah treler bermuatan minyak diesel di Kilometer 16.5 Lebuhraya NKVE arah Subang ke Sungai Buloh berhampiran susur keluar ke Plaza Tol Damansara, awal pagi semalam.

Menurut Berita Harian, dalam kejadian kira-kira jam 3.30 pagi, treler berkenaan sedang dalam perjalanan dari Putrajaya ke Hutan Melintang, Perak. Sebaik tiba di lokasi kejadian, pemandunya tersedar seperti melanggar satu objek di lorong ketiga lebuh raya enam lorong terbabit.

JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k

Treler itu kemudian berhenti di lorong kecemasan dan pemandu berusia 49 tahun itu mendapati objek yang dilanggar itu adalah manusia dan melaporkan kejadian itu kira-kira jam 4.05 pagi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Senior Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal, berkata mangsa seorang lelaki namun identitinya belum dapat dikenal pasti kerana keadaannya tubuhnya yang berkecai serta tiada dokumen pengenalan diri ditemui.

JOM BACA >> Ottimo sedang persiapkan ‘supermoped’ 175cc baharu?

Mayat dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk proses bedah siasat dan urusan pengecaman. Kata beliau, pihaknya memohon saksi yang melihat atau berada di tempat kejadian supaya tampil membantu siasatan polis.

Nik Ezanee berkata, saksi boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Rina Murniza Ibrahim di talian 013-9738580 atau pergi ke mana-mana balai polis berhampiran untuk membantu siasatan. Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Proton Iriz MC3 crossover dirakam dari jarak dekat, terlihat sedikit bahagian dalam
JOM BACA >> Proton X50 dipandu penasihat jualan alami kemalangan semasa dalam perjalanan untuk diserah kepada pelanggan?
JOM BACA >> Bergesel dengan Exora terbabas punca gandar belakang Alza ini tercabut
JOM BACA >> Berkat jaga ibu sedang sakit, lelaki ini cuma bayar RM1 dan dapat beli Proton X50 di Shopee!
JOM BACA >> Gambaran 3D “King@Myvi” generasi keempat

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply