Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bakal menerima varian dengan keupayaan tertinggi, ‘Block 20‘ untuk pesawat tempur ringan FA-50 ‘Fighting Eagle’ keluaran syarikat Korea Aerospace Industries (KAI). Perjanjian pembelian 18 pesawat tersebut akan dimeterai oleh Kementerian Pertahanan hari ini.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif KAI, Kang Goo-Young, versi Malaysia adalah lebih canggih dan berkeupayaan lebih tinggi jika dibandingkan dengan FA-50 yang dikendalikan Tentera Udara Republik Korea Selatan (ROKAF) dan negara-negara lain.
Buat masa ini, hanya TUDM dan Tentera Udara Poland memilih untuk varian terkini ‘Fighting Eagles’. Pesawat FA-50 Block 20 untuk tentera udara Poland dan Malaysia adalah versi terkini FA-50 dan dengan keupayaan tertinggi. Saya ingin katakan keupayaan pesawat itu untuk Poland dan Malaysia adalah serupa.
Jelasnya, terdapat perbezaan antara FA-50 yang dikendalikan ROKAF dan Block 20 yang dieksport ke Malaysia dan Poland.
Perbezaannya ialah versi Korea dikendalikan ROKAF tidak mempunyai radar ‘Active Electronically Scanned Array‘ (AESA) tetapi hanya radar konvensional dan juga tidak dilengkapi dengan alat untuk mengenal pasti sasaran (Targeting Pod) dan sistem mengisi minyak.
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
Tahun lalu, Poland menandatangani perjanjian dengan KAI untuk membeli 48 FA-50 untuk tentera udaranya. Selain Malaysia, pengendali varian awal pesawat tempur ringan T-50/FA-50 di Asia Tenggara adalah Thailand, Filipina dan Indonesia.
Kang juga mendedahkan sebagai sebahagian daripada Program Kolaborasi Industri (ICP) dengan kerajaan, 14 daripada pesawat FA-50 Block 20 akan menjalani pemasangan peringkat akhir di Malaysia.
Empat lagi pesawat pejuang itu akan dipasang di Korea Selatan, katanya, sambil menambah KAI dijangka menghantar secara berperingkat pesawat itu ke Malaysia bermula pada Oktober 2026.
Untuk memulakan projek itu dan memenuhi tempahan Malaysia, gergasi aeroangkasa Korea Selatan itu akan membeli bahan mentah yang diperlukan dan memperoleh komponen utama yang akan digunakan pada pesawat pejuang versi Malaysia itu.
Kang berkata, ada peralatan baharu yang akan dipasang seperti radar, sistem pengisian bahan api dan penggabungan alat untuk mengenal pasti sasaran pada pesawat itu.
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
Pihaknya juga akan menempah terlebih dahulu dan melakukan penyelidikan dan pembangunan terkehadapan untuk melakukan penghantaran ke Malaysia pada 2026.
Menurut maklumat yang diperoleh Bernama, varian FA-50 Block 20 TUDM dan Poland akan dilengkapkan dengan keupayaan baharu yang tiada pada varian lain seperti radar AESA ‘PhantomStrike‘ yang dibangunkan syarikat Amerika Syarikat, Raytheon.
Selain itu, ‘probe‘ untuk pengisian bahan api di udara dan alat mengenal pasti sasaran termaju “Sniper” dan lain-lain. Varian terkini FA-50 juga berkeupayaan untuk membawa bom berpandu tepat dan lain-lain senjata canggih.
Sebelum ini, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan ketika sidang Parlimen mengesahkan TUDM akan menerima versi terkini KAI FA-50 iaitu Blok 20.
Perjanjian pembelian pesawat tempur bernilai RM4.08 bilion itu dibuat bersama KAI selaku pengeluar tunggal pesawat Korea Selatan Februari lalu, dengan proses penghantaran pesawat dijangka bermula 2026.
Kementerian Pertahanan dijadual memeterai perjanjian pembelian 18 pesawat tempur ringan FA-50 itu dengan KAI hari ini (25 Mei 2023) sempena Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 (LIMA’23). – Berita Harian
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit DagangNews dan koreaaero.com
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu
KOMEN TERKINI