ARKIB

KATEGORI

Buletin

TUDM terima penghargaan Airbus, helikopter H225M rekod 20,000 jam penerbangan

Berita Tempatan

Views

Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) semalam telah menerima penghargaan daripada Airbus atas kejayaan merekodkan jumlah jam penerbangan terkumpul paling tinggi di Asia bagi helikopter tentera H225M.

Astro AWANI melaporkan, selepas armada helikopter H225M TUDM sebanyak 12 unit yang berkhidmat semenjak 2012 itu berjaya mengumpulkan lebih 20,000 jam penerbangan.

JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”

Direka bentuk untuk menangani misi yang paling mencabar, helikopter H225M telah mengambil bahagian dan menyertai pelbagai misi latihan dan kemanusiaan, termasuk operasi penyelamatan semasa banjir dan operasi menyelamatkan nyawa.

Tambah kenyataan itu, aset tempur pelbagai fungsi dan serba boleh yang terbukti keupayaannya, helikopter H225M membolehkan pasukan tentera dihantar ke mana sahaja pada bila-bila masa diperlukan.

Ketua Serantau bagi Airbus Helicopters Asia Pasifik, Vincent Dubrule telah menyampaikan anugerah kepada Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Ackbal Abdul Samad bagi meraikan dan memperingati pencapaian penuh bersejarah tersebut di Pangkalan Udara Kuantan.

JOM BACA >> INTIP: Prototaip ujian trak pikap Geely Hao Yue (VX11)@Proton X90 dikesan, bakal jadi model EV?

Hadir sama adalah Timbalan Panglima Tentera Udara, Leftenan Jeneral Datuk Seri Mohd Asghar Khan Goriman Khan; Pengarah Urusan, Airbus Helicopters Malaysia merangkap Ketua Pegawai Operasi, Airbus Helicopters Asia Pasifik, Gerard Pau dan Wakil Ketua Negara Airbus di Malaysia, Raymond Lim.

Pada masa kini, sejumlah 125 helikopter H225M berada dalam perkhidmatan di seluruh dunia. Selain Malaysia, negara Brazil, Perancis, Indonesia, Mexico, Kuwait, Singapura dan Thailand juga bergantung kepada keupayaan helikopter H225M untuk menyokong dan melaksanakan misi yang mencabar.

Airbus dalam satu kenyataan memaklumkan, juruterbang helikopter H225M TUDM yang masing-masing mencapai sejumlah 2,000, 1,500, 1,000 dan 500 jam penerbangan dalam helikopter itu juga diberikan anugerah pencapaian jam penerbangan pada majlis penuh bersejarah itu.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Airbus Helicopters

JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC2 naik Genting Highlands pula
JOM BACA >> SPEKULASI : Axia generasi kedua (D74A) sedang dibangunkan, bakal dilancar pada 2023?
JOM BACA >> INTIP: Proton X50 ini kelihatan seperti sedang ‘menguji sesuatu’
JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply