ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tujuh kakitangan JPJ ditahan seleweng RM3.1 juta

Berita Tempatan

Views

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan tujuh petugas kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Johor hari ini bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan urusan cukai jalan Lesen Kenderaan Motor (LKM) membabitkan lebih 1,000 jenis kenderaan.

JOM BACA >> INFO : Proton X70 MC1 bakal diperkenalkan tahun ini? Iriz dan Persona MC2 kekal dengan transmisi CVT

Menurut Harian Metro, mereka terdiri daripada lima lelaki dan dua wanita yang berusia antara 27 hingga 42 tahun. Kesemua kakitangan yang ditahan berkenaan dipercayai bertugas di JPJ Johor. Mereka dipercayai memanipulasi sistem MYSIKAP bagi urusan cukai jalan LKM yang mana jumlah ketirisan kutipan cukai jalan JPJ Johor mencecah RM3.1 juta dalam tempoh enam bulan iaitu bermula Julai hingga Disember 2019.

Dalam pada itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki yang kini berada di Johor Bahru bagi menghadiri mesyuarat bersama SPRM Johor mengesahkan tangkapan berkenaan. Katanya, semua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru esok bagi proses reman dan kes siasatan dijalankan di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

JOM BACA >> INTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan di Kuantan waktu malam, guna lampu depan jenis LED?

Katanya, siasatan ini bermula hasil makluman dan kerjasama yang baik oleh Bahagian Integriti dan Pejabat Ketua Pengarah JPJ. Tambah beliau, SPRM akan meneruskan kerjasama dengan JPJ agar langkah pematuhan dan penambahbaikan proses kerja dapat dilakukan sebagai langkah mengelakkan kegiatan rasuah ini berulang khususnya ia menyebabkan ketirisan hasil kerajaan.

Perkara ini dibincangkan dengan Ketua Pengarah JPJ sebelum ini dan perkongsian maklumat seumpama ini dapat meningkatkan integriti dan tadbir urus jabatan sekali gus menutup ruang dan peluang rasuah. Beliau meminta, mana-mana pihak atau agensi untuk memberi maklumat kepada SPRM seperti yang dilakukan oleh Ketua Pengarah JPJ. Tambanya lagi, masyarakat yang berurusan di kaunter jabatan perlu ambil peduli dan sentiasa memeriksa resit selepas melakukan urusan di kaunter ataupun ejen yang dilantik.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan sedang berhenti rehat, guna rim 16-inci!
JOM BACA >> INTIP : GAC Trumpchi GS3 Power 2021 ‘ronda-ronda Putrajaya’!
JOM BACA >> IMBAU KEMBALI : Rupanya Proton Sembilu pernah wujud di era 90-an
JOM BACA >> INTIP : Yamaha Exciter 155 VVA 2021 (Y Suku V3) mulakan ujian di Malaysia
JOM BACA >> PANAS! Foto Proton Iriz R3 Limited Edition sekali lagi tertiris, kali ini lebih jelas

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply