ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tular foto borang rentas negeri dicop tanpa diisi butiran – Polis Kemaman dapati ada pemalsuan tanda tangan

Tular

Views

Semalam ‘kecoh’ di laman-laman sosial setelah tularnya satu foto ‘tangkap layar’ borang kebenaran rentas negeri yang diluluskan bersama cop balai polis Chukai, Kemaman tanpa diisi sebarang butiran maklumat pemohon. Ia telah dimuatnaik menerusi akaun Twitter @InjangNation sekali gus mengundang pelbagai persepsi dan kecaman dari warganet.

JOM BACA >> INTIP : Proton Iriz MC3 crossover dirakam dari jarak dekat, terlihat sedikit bahagian dalam

Namun malam tadi, laman Facebook Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman tampil mengeluarkan satu siaran media untuk memperjelaskan keadaan. Menurut Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan bin Ramlan, siasatan awal yang dijalankan mendapati terdapat pemalsuan tanda tangan milik Ketua Polis Balai Polis Chukai, Inspektor Mohamad Ramizan bin Ramli.

JOM BACA >> Proton X50 dipandu penasihat jualan alami kemalangan semasa dalam perjalanan untuk diserah kepada pelanggan?

Borang rentas negeri itu telah diberikan kepada seorang perempuan Melayu untuk merentas negeri ke Kuala Lumpur dengan tujuan menghadiri temuduga mendapatkan pekerjaan yang dijadualkan pada 8 April 2021. Tambah beliau, satu kertas siasatan polis dibuka di bawah Seksyen 468 Kanun Keseksaan (Pemalsuan bagi maksud hendak menipu) dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian).

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman

JOM BACA >> Bergesel dengan Exora terbabas punca gandar belakang Alza ini tercabut
JOM BACA >> Berkat jaga ibu sedang sakit, lelaki ini cuma bayar RM1 dan dapat beli Proton X50 di Shopee!
JOM BACA >> Gambaran 3D “King@Myvi” generasi keempat
JOM BACA >> INTIP : Perodua Ativa (D55L) mula tiba di bilik pameran
JOM BACA >> INTIP : Persona dan Iriz MC2 serta versi crossover dirakam dari jarak dekat – Sah pakai logo baharu dan skrin terapung

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply