ARKIB

KATEGORI

Tular

Tular video budak lelaki 10 tahun pandu Kancil merah, ibu bapa serah diri ke IPD Pontian

Tular

Views

Berikutan video tular seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun memandu kereta, sepasang suami isteri menyerah diri ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pontian, semalam.

Menurut Berita Harian, Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mohammad Shofee Tayib, berkata Bahagian Siasatan dan Penguasaan Trafik (BSPT) IPD Pontian mengesan video tular bertarikh 10 Mei lalu Facebook (FB) yang dikongsi oleh sebuah akaun.

Katanya, video itu memaparkan seorang kanak-kanak lelaki sedang memandu kereta Perodua Kancil berwarna merah yang turut terdapat dua kanak-kanak lain duduk di bahagian hadapan.

JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini

Berikutan kejadian itu, BSPT menjalankan risikan terperinci dan dapati kejadian itu berlaku jam 7 pagi Selasa lalu (10 Mei) di Pekan Nanas ketika sedang bersiap untuk ke sekolah.

Video berkenaan dipercayai dirakam oleh anak perempuan wanita terbabit yang berusia 11 tahun menggunakan telefon miliknya.

Hasil siasatan, kereta dipandu oleh anak lelakinya berusia 10 tahun bersama dua adiknya, seorang perempuan berusia 6 dan lelaki berusia 3 tahun.

JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

Mohammad Shofee, berkata berikutan kejadian itu, ibu bapa dan tiga anak lain tampil serah diri ke IPD, jam 10 pagi, semalam.

Katanya, ibu kepada tiga kanak-kanak berkenaan mengakui akaun TikTok yang memaparkan video berkenaan juga adalah miliknya. Menurutnya, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Tegas beliau, ibu bapa atau penjaga yang membenarkan kanak-kanak memandu kenderaan di bawah umur boleh didakwa di bawah Seksyen 33 Akta Kanak-Kanak (AKK) 2001.

Selain itu, pemilik kenderaan yang juga ibu atau bapa kanak-kanak berkenaan boleh disaman di bawah Seksyen 39 (5) APJ 1987.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge
JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?
JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply