ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tular video lelaki Rohingya jual air kelapa tepi jalan – Pengusaha mangga asam boi nafi terlibat dan buat laporan polis

Tular

Views

Tindakan peniaga warga Rohingya yang menjual air kelapa dengan harga RM5 secawan di persimpangan Sierra 16 di Puchong telah mengundang kemarahan warganet. Bukan sekadar harganya yang mahal malah tahap kebersihan penyediaan minuman tersebut yang dibuat di atas jalan beralas plastik turut diragui.

Video berdurasi tiga minit 30 saat itu mula tular di media sosial sejak Isnin lalu memaparkan seorang lelaki mendakwa dirinya Rohingya sedang sibuk mencedok air dari bekas mengandungi air kelapa berserta ais ke gelas plastik yang disusun di atas jalan tanpa menggunakan sarung tangan.

Sementara itu seorang lagi rakannya berdiri sambil memegang gegantung ‘air kelapa RM5’ berserta nombor telefon pengusaha mangga asam boi. Lelaki tersebut mendakwa dia hanyalah pekerja yang mana perniagaan itu diusahakan warga tempatan namun pemiliknya tiada di lokasi kejadian.

JOM BACA >> INFO : Proton X70 MC1 bakal diperkenalkan tahun ini? Iriz dan Persona MC2 kekal dengan transmisi CVT

Sinar Harian melaporkan, musulan penularan video itu, pengusaha Mangga Asam Boi Honeyy, Noormahani Mohd Radzi, 26 tampil memberikan penjelasan bahawa pihaknya tidak terlibat dengan aktiviti penjualan air kelapa itu. Katanya, laporan polis telah dibuat untuk membersihkan nama perniagaannya dan menafikan terlibat dalam isu tular tersebut menerusi kenyataan di laman Facebook.

Tambah Noormahani, dia hanya menjual Mangga Asam Boi di Seri Kembangan Selangor dan berharap dengan kenyataan ini dapat menjernihkan nama baik perniagaannya dan seterusnya meredakan perasaan orang awam di luar sana terutamanya nama baik penduduk Dungun, Terengganu dan Seri Kembangan.

Dalam hantaran berasingan, pemilik Mangga Asam Boi Honeyy itu telah berkongsi laporan polis yang dibuat selepas paparan nombor telefon serta jenama perniagaannya telah disalah guna oleh penjual air kelapa berkenaan.

Katanya, dia telah menerima banyak panggilan, WhatsApp serta mesej di Instagram yang ada antaranya memaki hamun saya dengan mengatakan telah menjadi majikan kepada warga Myanmar menjual air kelapa dalam keadaan tidak bersih.

JOM BACA >> INTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan di Kuantan waktu malam, guna lampu depan jenis LED?

Menurut laporan polis tersebut, dia turut menerima ugutan di mesej WhatsApp yang mengatakan akan datang mencarinya secara beramai-ramai. Ini telah menyebabkan dia menjadi takut dan tertekan kerana telefon saya tidak henti menerima panggilan telefon daripada orang tidak dikenali.

Dalam laporan sama, pihaknya turut memaklumkan warga Myanmar itu pernah bekerja dengannya selama seminggu sebelum mengambil keputusan memberhentikannya kerana menjual mangga asam boi secara berbahaya selain tidak mendengar nasihatnya sebagai majikan.

Keputusan tersebut juga diambil demi menjaga persepsi baik daripada masyarakat dan pelanggan yang membeli mangga asam boi dan tidak mahu mengganggu lalu lintas. Warga Myanmar itu pernah datang berjumpanya dalam keadaan daif dan menangis meminta pekerjaan untuk menjual mangga asam boi milik mereka ketika tiada wang untuk perbelanjaan makan anak dan isteri.

Tambahnya, atas dasar perikemanusiaan dia dengan rela hati mengambilnya bekerja dengan gaji yang agak setimpal selain menyediakan pakaian mengikut garis panduan kualiti penyediaan makanan termasuk sarung tangan, pelitup muka, topi dan cecair pembasmi kuman. Jelasnya lagi, dia telah menjual mangga asam boi sejak 2019 di Seri Kembangan dan tidak pernah timbul isu sensitif sehingga kini.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan sedang berhenti rehat, guna rim 16-inci!
JOM BACA >> INTIP : GAC Trumpchi GS3 Power 2021 ‘ronda-ronda Putrajaya’!
JOM BACA >> IMBAU KEMBALI : Rupanya Proton Sembilu pernah wujud di era 90-an
JOM BACA >> INTIP : Yamaha Exciter 155 VVA 2021 (Y Suku V3) mulakan ujian di Malaysia
JOM BACA >> PANAS! Foto Proton Iriz R3 Limited Edition sekali lagi tertiris, kali ini lebih jelas

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply