ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tun Dr Mahathir uji kenderaan swapandu Proton Exora

Berita Tempatan

Views

Semalam, Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad diberi peluang melihat kemampuan teknologi rangkaian 5G dengan menaiki sebuah kereta swapandu (autonomous) Proton Exora bertempat di Putrajaya.

Menurut laporan Malay Mail, beliau ditemani oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo dibawa menaiki kenderaan tersebut di hadapan Istana Kehakiman yang jaraknya 100 meter dari Kompleks Perbadanan Putrajaya.



JOM BACA >> Kad Mesra Petronas tawar insurans kemalangan Mesra Personal Accident (PA) sehingga RM50,000 – Ini syarat-syaratnya

Dengan bantuan dron dan kamera pada kenderaan tersebut, kedua-duanya sempat melambai kepada orang ramai dan bergerak ke ke tapak pameran 5G Malaysia. Walaupun kenderaan itu boleh dipandu sendiri, seorang pemandu turut berada di dalamnya tetapi langsung tidak menyentuh stereng.

Pemandu itu turut memberi taklimat ringkas mengenai operasi kenderaan swapandu itu kepada Dr Mahathir dan Gobind. Kenderaan tersebut melepasi di pintu masuk kompleks dalam masa lima minit dan mereka diberi tepukan gemuruh setibanya di sana.

JOM BACA >> Tun Dr. Mahathir perkenalkan Iriz dan Persona di Malaysia Autoshow

Proton Exora itu dilengkapi dengan beberapa unit kamera, radar dan sensor LIDAR yang membolehkannya mengesan persekitaran menurut laman sesawang SoyaCincau. Teknologi swapandu ini telah dibangunkan oleh eMooVit, yang merupakan syarikat berasaskan teknologi yang menumpukan kepada perisian kenderaan swapandu.

Kenderaan tersebut sudah mencapai tahap 4 sistem swapandu kerana dia boleh bergerak sendiri termasuk membelok dan mengawal pendikit. Walaubagaimanapun, seorang pemandu diperlukan sebagai langkah berjaga-jaga.

JOM BACA >> MESTI TONTON : Yamaha Y Suku harga Yahudi. Sudah tiba masa industri motosikal dirombak?
JOM BACA >> MESTI BACA : Doktor ini pesan tegah anak berdiri keluar bumbung suria – Ini sebab-sebabnya
JOM BACA >> Kaliper brek kena ‘rembat’ – Lelaki Perancis ini terkandas di Pulau Pinang
JOM BACA >> Wanita Mesir ini ‘jatuh cinta’ pada Proton Exora – Ini sebab-sebabnya

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment

Leave a Reply