ARKIB

KATEGORI

Buletin

TuneD tayang iklan acah kit badan Saga FLX

Views

Pengeluar kit badan untuk yang tidak perlu kami perkenalkan lagi, TuneD baru-baru ini memuatnaik iklan acah kit badan untuk model Saga FLX ke laman Facebook rasmi mereka. Berita tersebut sudah pasti mengujakan pemilik Saga FLX yang inginkan kereta kesayangan mereka mendapat sentuhan TuneD seperti model Saga versi 2.0 yang dilancarkan tahun lalu.

BACA >> Senarai harga pakej kit badan Proton Saga versi 2.0 dari TuneD

TuneD menawarkan tiga pilihan pakej untuk Saga versi 2.0:

PILIHAN PAKEJ 1

  • Harga – RM 5,490 Standard : Bampar Hadapan + LED DRL + Bampar Belakang + Pemantul Cahaya LED + Skirt Sisi + Emblem TuneD + Cat keseluruhan badan kereta dengan warna istimewa “Fierce Red”.

PILIHAN PAKEJ 2

  • Harga – RM 2,690 Standard : Bampar Hadapan + LED DRL + Bampar Belakang + Pemantul Cahaya LED + Skirt Sisi + Emblem TuneD (kit badan tanpa warna).

PILIHAN PAKEJ 3

  • Harga – RM 3,910 Standard : Bampar Hadapan + LED DRL + Bampar Belakang + Pemantul Cahaya LED + Skirt Sisi + Emblem TuneD (warna kit badan mengikut warna kereta pemilik).

Kami rasa pakej kit badan untuk Saga FLX mempunyai rekaan yang tidak jauh berbeza dengan versi Saga 2.0, harganya juga mugkin dalam lingkungan pakej harga Saga 2.0. Setakat ini masih belum diketahui bilakah TuneD akan memperkenalkan kit badan secara rasmi. Kami akan mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenainya setelah ia dilancarkan nanti.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply