ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tunggang motosikal secara berbahaya – Lapan remaja ditahan

Berita Tempatan

Views

Polis menahan lapan remaja kerana menunggang motosikal secara berbahaya sambil berlumba sesama sendiri di simpang empat Kampung Pinang, Pedu di Padang Terap, petang semalam.

Menurut Berita Harian, Ketua Polis Daerah Padang Terap, Deputi Superintendan Mulkiaman Manzar, berkata semua remaja lelaki berusia antara 15 hingga 19 tahun itu ditahan dalam Op Samseng Jalanan dan pemantauan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

JOM BACA >> INTIP : Foto papan pemuka Iriz Active bocor!

Beliau berkata, operasi pada jam 5 petang semalam diketuai Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Terap, Inspektor Firdaus Mahadi bersama enam anggota.

Hasil pemeriksaan mendapati terdapat sekumpulan remaja sedang menunggang motosikal secara merbahaya sambil berlumba sesama sendiri. Lapan remaja terbabit ditahan manakala lapan motosikal disita untuk tindakan lanjut.

Mulkiaman berkata, hasil pemeriksaan yang dilakukan juga mendapati sebanyak 38 saman pelbagai kesalahan trafik dikeluarkan terhadap mereka. Beliau berkata, lima daripada remaja itu turut dikompaun RM1,500 seorang kerana tidak memakai pelitup muka manakala seorang remaja ditahan bersangkut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

JOM BACA >> INTIP : Iriz Active ke tu?

Sehubungan itu, kita menasihatkan kepada semua masyarakat di daerah Padang Terap supaya mematuhi arahan pihak berkuasa dan juga ikut SOP yang ditetapkan oleh kerajaan bagi mengelak penularan jangkitan COVID-19 ketika ini.

Ibu bapa juga dinasihatkan supaya memastikan anak-nak tidak keluar rumah ketika PKP jika tiada kepentingan dan tidak menunggang atau memandu kenderaan tanpa lesen memandu selain memantau pergerakan anak-anak bagi memastikan tidak terbabit dengan gejala yang tidak sihat.

Mulkiaman berkata, polis akan sentiasa turun padang untuk melakukan pemantauan dan tidak berkompromi dengan sesiapa dalam melaksanakan tugas ini.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Info Roadblock JPJ/POLIS

JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton
JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply