ARKIB

KATEGORI

Tular

Tunjuk aksi ‘wheelie’, lelaki Pakistan ditahan polis

Tular

Views

Seorang lelaki warga Pakistan ditahan polis kerana melakukan aksi ‘wheelie‘ ketika menunggang motosikal di Kilometer (KM) 85.5 Jalan Kota Tinggi- Kluang pada Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrain Mohd Noh berkata, video memaparkan lelaki berusia 22 tahun menunggang motosikal dalam keadaan berbahaya itu dikesan polis setelah tular di media sosial.

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

Ujarnya, satu kiriman video dari Facebook ‘Kluang paranormal research’ dikesan memaparkan seorang lelaki Pakistan menunggang sebuah motosikal jenis SYM VF3i melakukan aksi ‘wheelie‘ dengan mengangkat tayar hadapan motosikal.

Anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD) Kluang telah melakukan risikan dan berjaya menahan suspek di hadapan sebuah kedai di Taman Majupadu di Kluang, pada jam 6.45 petang, Rabu.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Menurut Bahrain, motosikal yang digunakan suspek telah dirampas dan kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987, iaitu memandu secara melulu dan membahayakan.

Katanya, suspek yang bekerja sebagai pemotong rumput itu telah disaman kerana tiada lesen memandu, Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh dan tiada perlindungan insurans.

Ujian saringan awal air kencing suspek didapati negatif. Suspek kini direman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah (KPJ) selama empat hari bermula Khamis. – Sinar Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply