ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tunjuk lagak dengan aksi ‘wheelie’, dua remaja diberkas

Berita Tempatan

Views

Dua remaja diberkas selepas disyaki terlibat dalam aksi ‘wheelie motosikal sebelum video mereka tular di laman sosial sejak Jumaat lalu.

KOSMO! ONLINE melaporkan, video berdurasi 25 saat itu dipercayai dirakam ketika mereka melakukan aksi berbahaya di Kilometer 77.1 Jalan Johor Bahru-Batu Pahat, Benut di Pontian.

JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mohamad Shofee Tayib berkata, kedua-dua mereka ditahan pada pukul 5 petang kelmarin di rumah masing-masing di kawasan Benut.

Kedua-dua suspek ditahan dan dibawa ke IPD Pontian bagi siasatan lanjut dan motosikal yang digunakan bagi melakukan aksi berbahaya itu dirampas. Hasil siasatan yang dijalankan mereka mengakui kesalahan tersebut.

Tambah Mohamad Shofee, mereka disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukan hukuman penjara 5 tahun atau denda tidak kurang RM5,000 dan tidak melebihi RM15,000.

JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian

Perbuatan menunggang motosikal dengan aksi ‘wheelie’ menjadi trend masa kini bagi mencari keseronokan tetapi perbuatan boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan raya yang lain.

Malah penunggang yang melakukan aksi tersebut juga terdedah kepada kemalangan jalan raya yang boleh membawa kepada kemalangan maut.

Sehubungan dengan itu, beliau menasihatkan ibu bapa memantau pergerakan anak-anak mereka diluar supaya mereka tidak melakukan perbuatan yang menyalahi peraturan dan undang-undang jalan raya.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Polis Daerah Pontian

JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge
JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?
JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!
JOM BACA >> Perodua mungkin kekalkan nama Alza untuk D27A?
JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply