ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tushar Gupta teraju baharu Michelin Malaysia, Singapura dan Brunei

Berita Tempatan

Views

Baru-baru ini Michelin telah mengumumkan pelantikan Tushar Gupta sebagai Pengarah Urusan baharu untuk Malaysia, Singapura dan Brunei bagi menggantikan Pascal Nouvellon, yang dinaikkan pangkat untuk menjawat peranan global di ibu pejabat Michelin di Perancis. Pelantikan tersebut telah berkuat kuasa sejak 1 September 2019.

JOM BACA >> Gambaran SUV kompak Perodua D55L

Beliau merupakan pemegang ijazah perakaunan bertauliah dan MBA dari Sekolah Perniagaan Fuqua, Universiti Duke dan telah menyertai Michelin Group pada tahun 2010 sebagai Pengurus Pembangunan Korporat untuk Asia Tenggara, Australia dan India. Pada tahun 2012, beliau memegang jawatan Pengarah Pembangunan Korporat Global di Clermont Ferrand, Perancis.

Kemudian beliau dinaikkan pangkat sebagai Pengarah Zon, Michelin Aviation Tyres, Asia Pasifik pada tahun 2016 sehingga Julai tahun ini, di mana beliau telah membawa kejayaan dalam perniagaan tayar pesawat di Asia melalui intervensi strategik, penstrukturan semula dan perkhidmatan pelanggan yang diperkayakan. Kata beliau, setelah menjadi sebahagian daripada keluarga Michelin sejak hampir sedekad, beliau berasa begitu teruja kerana diberi peluang ini.

JOM BACA >> Illustrasi digital gambaran Perodua Bezza facelift 2020

Beliau berhasrat untuk membawa organisasi ini lebih jauh ke hadapan dalam industri automotif dan tayar, terutamanya di Malaysia yang memperlihatkan pasaran kukuh menerusi jenama-jenama Michelin, BFGoodrich dan TYREPLUS. Tambahnya, beliau akan cuba mengubah pemikiran para pengguna mengenai tayar dan keselamatan jalan raya, di samping memupuk kesetiaan pelanggan-pelanggan tempatan kami ke atas Michelin.

Dengan 15 tahun pengalaman dalam pelbagai industri termasuk kimia, automotif dan penerbangan, beliau akan memastikan Michelin terus mendukung polisi dan strategi berpaksikan pengguna untuk memperkukuhkan reputasinya sebagai jenama tayar premium yang terunggul, serta memperkayakan lagi pengalaman kepenggunaan yang ditawarkan di rangkaian pengedaran TYREPLUS dan Michelin.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Tokyo Motor Show 2019 : SUV kompak baharu Daihatsu diperkenalkan – Bayangan awal Perodua D55L?
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dikesan sekitar bandar Gua Musang
JOM BACA >> Honda City 1.0 liter turbo bakal dilancarkan di Thailand November ini
JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?
JOM BACA >> Mat Bond kata Proton X70 CKD bakal guna transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT), betul ke?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply