ARKIB

KATEGORI

Buletin

Ubah suai ekzos – JPJ ambil pendekatan nasihat terlebih dahulu sebelum tindakan penguatkuasaan

Berita Tempatan

Views

Sejak kebelakangan ini semakin kerap pihak berkuasa menjalankan Op Khas Ekzos Bising yang melibatkan beberapa agensi seperti Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Isu ini telah menimbulkan polemik di kalangan rakyat kerana dianggap ‘menganiaya rakyat’, namun operasi tersebut tidak hanya menyasarkan orang awam semata-mata, malah anggota dan warga kerja Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga tidak terkecuali.

JOM BACA >> Proton X50 dipandu penasihat jualan alami kemalangan semasa dalam perjalanan untuk diserah kepada pelanggan?

Bagi mengelakkan salah tanggapan daripada masyarakat umum, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menerusi satu kenyataan di laman Facebook rasminya semalam memaklumkan bahawa pihaknya akan mengambil tindakan berbentuk advokasi dan nasihat terlebih dahulu sebelum sebarang tindakan berbentuk punitif (penguatkuasaan undang-undang) diambil terhadap mana-mana pesalah.

Dua pendekatan akan diguna pakai bagi menangani isu tersebut:

    • Pengeluaran Notis Temu Siasat di bawah Seksyen 114(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi tujuan siasatan dan pengumpulan maklumat (advokasi/nasihat).
    • Pengeluaran Notis Larangan Penggunaan Kenderaan di bawah Seksyen 59(1), Notis (PG1) akta yang sama bagi tujuan penguatkuasaan.

JOM BACA >> Bergesel dengan Exora terbabas punca gandar belakang Alza ini tercabut

Menerusi pengeluaran Notis (PG1) tersebut, mana-mana penunggang atau pemilik motosikal yang didapati terlibat dalam melakukan pengubahsuaian ekzos tanpa kebenaran, akan dilarang daripada terus menggunakan motosikal tersebut, sehinggalah pembaikan atau penukaran kepada sistem ekzos asal dibuat.

Mereka akan diberi tempoh sehingga tujuh hari untuk menukar ekzos tersebut kepada spesifikasi asal yang mematuhi pembuatan dan kegunaan yang telah ditetapkan. Motosikal tersebut juga hendaklah dibawa ke mana-mana pejabat JPJ bagi tujuan pemeriksaan sebagai bukti pembaikan dan mematuhi kaedah pembuatan dan kegunaannya.

Sebarang pengubahsuaian ekzos kenderaan bermotor tanpa kebenaran adalah satu kesalahan dan boleh dikenakan kompaun tidak melebihi RM300, atau jika disabitkan kesalahan di mahkamah, pesalah boleh didenda di bawah Seksyen 119, APJ 1987 dengan denda tidak melebihi RM2,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Berkat jaga ibu sedang sakit, lelaki ini cuma bayar RM1 dan dapat beli Proton X50 di Shopee!
JOM BACA >> Gambaran 3D “King@Myvi” generasi keempat
JOM BACA >> INTIP : Perodua Ativa (D55L) mula tiba di bilik pameran
JOM BACA >> INTIP : Persona dan Iriz MC2 serta versi crossover dirakam dari jarak dekat – Sah pakai logo baharu dan skrin terapung
JOM BACA >> Perodua mula siar foto acah Ativa (D55L) di laman sesawang

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply