ARKIB

KATEGORI

Buletin

Ubah suai kapcai bawah 150cc – PDRM tak akan berkompromi

Berita Tempatan

Views

Kami rasa berita ini pasti akan membuatkan pemilik kapcai 150cc ke bawah yang telah ubah suai motosikal mereka ‘kecut perut’. Sinar Harian melaporkan, peminat atau pemilik motosikal jenis itu perlu berwaspada memandangkan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan berkompromi terhadap mereka yang mengubah suai jentera dua roda mereka bagi tujuan pertandingan haram atau perlumbaan.

Pengarah Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias berkata, isu pengubahsuaian dan modifikasi untuk menambah kelajuan motosikal ini antara perkara yang diambil serius dan pihaknya telah menjalankan operasi khas.

JOM BACA >> Proton V70 – Pengganti Exora dijelmakan dalam bentuk 3 dimensi

Kata beliau, JSPT telah menjalankan operasi ke atas motosikal seumpama ini yang didapati diubah suai dan tahun lalu sebanyak 4,087 buah motosikal ini telah dikenakan tindakan di bawah Seksyen 60 Akta Pengangkutan Jalan (APJ).

Tambah Azisman, pada masa yang sama juga pihaknya turut membuat risikan dan pemantauan terhadap bengkel yang telah dikenal pasti dalam pengubahsuaian atau modifikasi motosikal ini yang turut mahu menguji malah menganjurkan perlumbaan di jalan raya.



JOM BACA >> Proton V70 – Pengganti Exora dijelmakan dalam bentuk 3 dimensi

Beliau berkata demikian pada Program Sinar Live bertajuk: Op Selamat, Selamat Atau Tidak? di Kumpulan Karangkraf semalam. Sesi Sinar Live selama setengah jam itu dikendalikan wartawan Sinar Harian, Nurul Ridhuan Nor Ashaha.

Sementara itu Azisman turut menegaskan pihaknya juga turut mengadakan pemeriksaan ke atas bengkel-bengkel dan jika sabit kesalahan boleh didakwa di bawah Seksyen 81 APJ 1987 iaitu sekatan ke atas pertandingan dan ujian kelajuan.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh dijatuhi hukuman denda tidak melebihi RM2,000 dan penjara bagi tempoh tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya dan lesen boleh digantung selama setahun. Manakala jika sabit kesalahan kedua hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara tidak melebihi setahun dan lesen boleh digantung selama tiga tahun.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Nak bagi alasan lewat datang kerja, kantoi hantar gambar edit tayar pancit kena paku
JOM BACA >> Lakaran awal Perodua Bezza 2020 – Berkonsepkan “Tangkas dan Canggih”
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian X50 guna jeriji ‘Infinite Weave’ dikesan, adakah ini versi Proton yang sebenar?
JOM BACA >> Tempahan Perodua Bezza 2020 kini dibuka – Harga bermula dari RM34,580
JOM BACA >> Gerombolan Perodua Bezza 2020 (facelift) hanya menanti detik pelancaran!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply