ARKIB

KATEGORI

Info

Ubahsuai kereta tayar “Hellaflush” boleh didenda sehingga RM2k atau dipenjara

Info

Views

Nampaknya pemilik kereta yang telah mengubahsuai kereta mereka dengan gaya tayar “Hellaflush” pasti tidak senang duduk dengan berita ini. Menerusi hantaran ringkas di laman Facebook rasminya, Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) memaklumkan trend mengubah suai kereta menggunakan “tayar terkangkang” ini semakin menjadi ikutan di kalangan segelintir pemilik kenderaan di Malaysia.

JOM BACA >> INFO : Proton X70 MC1 bakal diperkenalkan tahun ini? Iriz dan Persona MC2 kekal dengan transmisi CVT

Pengubahsuaian tersebut boleh menyebabkan pemanduan terjejas akibat daripada kegagalan sistem keselamatan dan brek yang tidak berfungsi dengan cekap sehingga merisikokan nyawa pemandu serta pengguna jalan raya lain.

JOM BACA >> INTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan di Kuantan waktu malam, guna lampu depan jenis LED?

Pemilik kenderaan ini boleh diambil tindakan di bawah Seksyen 6, Akta Penngangkutan Jalan 1987 dan Peraturan 138, Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 170/59 , iaitu ubah suai kenderaan tanpa kebenaran Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Jika disabitkan kesalahan, hukuman denda boleh dikenakan tidak melebihi RM2,000 atau penjara tidak lebih daripada enam bulan. Bukan itu sahaja, pengubahsuaian ini merupakan salah satu daripada lima ‘modifikasi’ yang bakal merosakkan prestasi kereta anda. Tak percaya ketik pautan ini!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan sedang berhenti rehat, guna rim 16-inci!
JOM BACA >> INTIP : GAC Trumpchi GS3 Power 2021 ‘ronda-ronda Putrajaya’!
JOM BACA >> IMBAU KEMBALI : Rupanya Proton Sembilu pernah wujud di era 90-an
JOM BACA >> INTIP : Yamaha Exciter 155 VVA 2021 (Y Suku V3) mulakan ujian di Malaysia
JOM BACA >> PANAS! Foto Proton Iriz R3 Limited Edition sekali lagi tertiris, kali ini lebih jelas!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply