ARKIB

KATEGORI

Buletin

Uber gantung ujian kenderaan berautonomi

Views

Uber telah menggantung ujian kenderaan berautonomi di Arizona selepas sebuah unit ujian Volvo XC90 terlibat salam satu kemalangan di bandar Tempe. Kejadian berlaku sekitar jam 6:25 petang Jumaat lalu dan pihak Uber mengesahkan kenderaan tersebut dalam mod pemanduan-sendiri semasa kejadian berlaku, namun Jabatan Polis Tempe mengesahkan kenderaan lain yang menjadi punca kemalangan tersebut.

Impak kemalangan tersebut sangat kuat sehingga mengakibatkan kenderaan Uber terbalik secara mengiring, namun tiada kecederaan ataupun kemalangan jiwa dilaporkan. Laporan dari Azcentral pula memaklumkan tiada penumpang yang duduk di bahagian tempat duduk belakang kenderaan tersebut semasa kejadian.

Walaupun tidak didapati bersalah, insiden ini telah menambahkan lagi halangan kepada Uber dalam program pemanduan-sendiri sejak mereka dilarang dari melakukan ujian menggunakan jalan raya awam di California pada Disember lalu, menyebabkan mereka terpaksa berpindah ke Arizona setelah mendapat sokongan segera dari Gabenor, Doug Ducey.

KLIK UNTUK BESARKAN

C7u7RmcXUAEFylT C7u7TD8WsAA6Kws

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply