ARKIB

KATEGORI

Buletin

Ujian awam pertama sistem tol RFID di plaza tol Hutan Kampung – Sungai Dua bermula hari ini

Berita Tempatan

Views

Bermula hari ini (22 Julai 2020), 9 buah plaza tol di Hutan Kampung sehingga Sungai Dua akan mula menyediakan laluan khas RFID bagi pengguna kenderaan penumpang persendirian di Utara, sekitar Kedah serta Pulau Pinang.

Menurut Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail, ia adalah selaras dengan hasrat Kerajaan untuk melaksanakan sistem tol Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) di mana pelaksanaan RFID adalah langkah awal ke arah matlamat tersebut. Tambah beliau, teknologi ini membolehkan transaksi tol dilakukan secara lebih pantas dan seterusnya mengurangkan kesesakan di lorong tol.

Pada 1 Januari lalu, RFID telah diperkenalkan di 10 buah plaza tol Sistem Terbuka (pembayaran tol berdasarkan jenis kenderaan dan dikenakan setiap kali kenderaan melalui plaza tol) iaitu di Plaza Tol Jitra, Lunas, Kubang Semang, Jambatan Pulau Pinang, Mambau, Lukut, Kempas, Perling, Lima Kedai dan Tanjung Kupang.

Pada asalnya, PLUS merancang untuk memperkenalkannya di 84 plaza tol Sistem Tertutup (kadar tol berdasarkan jarak perjalanan serta jenis kenderaan dan pembayaran tol hanya dibuat di plaza tol keluar dari lebuhraya) bermula 1 April lalu, namun ia terpaksa ditunda berikutan pandemik COVID-19.

JOM BACA >> Proton tak jadi lelong 7 model kereta ini di Pickles Auctions!

Namun begitu, sejak fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), PLUS telah mula mengadakan pelbagai persediaan untuk melaksanakannya. Penggunaan transaksi tol tanpa sentuh menerusi sistem ini juga mengurangkan risiko jangkitan virus berkenaan serta mengelakkan kejadian baki kurang yang biasanya mengakibatkan gangguan perjalanan di lorong tol.

Pelanggan kenderaan penumpang persendirian yang melanggan RFID akan dapat menikmati perjalanan yang lebih lancar di Utara menerusi lorong khas RFID di Plaza Tol Sungai Dua, Bertam, Sungai Petani Selatan, Sungai Petani Utara, Gurun, Pendang, Alor Setar Selatan, Alor Setar Utara dan Hutan Kampung.

Ujar Datuk Azman, pihaknya optimis sistem ini dapat diterima baik oleh pelanggan mereka di Kedah dan penyedia perkhidmatan RFID, Touch ‘n Go Sdn Bhd juga bersetuju untuk memberikan 1,500 tag RFID secara percuma sepanjang tempoh promosi.

PLUS telah menawarkan Tag RFID percuma (selagi stok masih ada) di pusat-pusat pemasangan RFID yang terpilih di Pulau Pinang dan Kedah sahaja serentak dengan kempen #JomRFID bersempena dengan pelaksanaan Ujian Awam RFID di laluan Hutan Kampung-Sungai Dua.

JOM BACA >> Beberapa lagi ‘harta karun lama’ Proton dan Lotus bakal dilelong Pickles Auctions pada 23 Julai nanti!

Bagi mendapatkan tag RFID percuma ini, pelanggan perlu mendaftarkan diri sebagai ahli PLUSMiles dan melayari https://jomrfid.plusmiles.com.my untuk menerima kod baucar pemasangan percuma (stok adalah terhad).

Walau bagaimanapun, sekiranya tag RFID percuma sebanyak 1,500 tersebut telah habis, 15,000 pelanggan lagi akan menerima 500 mata ganjaran PLUSMiles apabila mendapatkan tag RFID dengan harga RM35 seunit di pusat-pusat pemasangan RFID yang terpilih berikut:-

NOPUSAT PEMASANGAN RFIDKAWASAN
1Bok Tyre and BatteryBayan Lepas
2BSS Resources ManagementBayan Lepas
3Best Tune Auto WorkshopSungai Jawi
4SS Tyre & Motorcraft EnterpriseGeorgetown
5BH Petrol Jalan JelutongGeorgetown
6Penang Bridge Toll Plaza Customer Service CentreSeberang Perai
7BH Petrol Jalan BaruBukit Mertajam
8BSS Wealth ConsultancySungai Petani

PLUS dan Touch ‘n Go juga akan menambah jumlah pusat pemasangan RFID sementara di sepanjang lebuhraya PLUS terutamanya di R&R Gurun (kedua-dua arah) serta di lain-lain lokasi utama tidak lama lagi. Pelanggan juga boleh merujuk senarai penuh pusat pemasangan RFID menerusi pautan https://mx.touchngo.com.my/fitment-centres.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> RISIK : Perodua D55L mungkin dilancar awal tahun depan, bakal ada 3 varian
JOM BACA >> 36 tahun menabur jasa – ‘Pemandu terhebat’ di Proton, Tengku Azizan bersara
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian X50 dan Persona dikesan di Dungun!
JOM BACA >> INTIP : Foto Proton Saga Anniversary Edition bocor!
JOM BACA >> INTIP : MG HS dikesan di Malaysia, sedang jalani proses VTA

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply