ARKIB

KATEGORI

Buletin

UMW Toyota jual 8,422 unit kereta pada Mei 2024

Berita Tempatan

Views

UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) merekodkan prestasi memberangsangkan pada Mei 2024 apabila mencatat jualan sebanyak 8,422 unit membabitkan jenama Toyota dan Lexus.

Dengan pencapaian itu menjadikan jumlah jualan syarikat itu untuk lima bulan pertama tahun ini iaitu dari Januari sehingga Mei 2024 berjumlah 39,211 unit.

Presiden UMWT, Datuk Ravindran K, berkata prestasi kukuh dicapai pihaknya pada bulan lalu menyerlahkan komitmen tanpa henti untuk menyediakan kenderaan dan perkhidmatan yang luar biasa yang memenuhi pelbagai keperluan pelanggan.

“Kejayaan program komuniti mengukuhkan dedikasi kami terhadap kelestarian alam sekitar dan tanggungjawab sosial, mengukuhkan peranan kami sebagai peneraju dalam industri automotif dan menjelmakan falsafah ‘Move Your World’.

JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?

“Dengan terus memperkenalkan penyelesaian mobiliti yang inovatif dan menyokong inisiatif berpaksikan komuniti, kami menyasarkan untuk memacu perubahan positif dan memperkayakan kehidupan pelanggan dan masyarakat secara amnya.

“Usaha kami berakar umbi dalam komitmen yang mendalam terhadap kecemerlangan dan visi masa depan yang mampan dan inklusif,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sebagai sebahagian daripada komitmen syarikat automotif itu untuk meningkatkan pengalaman membeli, UMWT memperkenalkan promosi ‘Peace of Mind’ untuk Jun 2024, menawarkan pelanggan pembiayaan sehingga 100 peratus untuk model terpilih.

Pembeli kereta boleh menikmati promosi penjimatan yang meluas, termasuk sehingga RM7,500 untuk Yaris baharu, dengan ansuran pembelian bulanan bermula dari hanya RM688 untuk Vios serba baharu program Toyota Service Savers seterusnya menawarkan ansuran bulanan yang mudah bermula daripada serendah RM31.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Komitmen UMWT terhadap kelestarian komuniti dan alam sekitar pula ditunjukkan melalui program Toyota Eco Youth (TEY) ke-23, yang dilancarkan dengan kerjasama Kementerian Pendidikan.

Program peringkat kebangsaan itu memperkasakan pelajar berumur 13 hingga 17 tahun dari 16 sekolah di seluruh negara, memfokuskan kepada Kaedah 8 Langkah Penyelesaian Masalah (PSM) Toyota untuk menggalakkan pemikiran kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah.

Sejak penubuhannya pada tahun 2001, TEY telah melibatkan lebih 300,000 pelajar dari 521 sekolah, memupuk legasi penjagaan alam sekitar.

Untuk TEY 2024/2025, dengan hadiah wang tunai berjumlah sehingga RM80,000, memberi insentif kepada penyelesaian inovatif dan sejajar dengan pelan tindakan alam sekitar UMWT untuk mencapai sifar pelepasan karbon dioksida menjelang 2050. – Berita Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply