Melangkah ke suku kedua 2022 menyaksikan Toyota berjaya menjual sebanyak 6,868 unit, manakala sebanyak 78 unit model Lexus dijual pada bulan April lalu.
Sehingga kini UMW Toyota Motor telah berjaya menjual 29,138 unit secara keseluruhan model Toyota dan Lexus, meningkat 11 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu.
Peningkatan jualan ini disumbangkan oleh promosi ‘Bersama Lebih Makna’ yang menawarkan ganjaran bernilai RM4,000 untuk pembeli model Vios dan Yaris.
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
Sempena Ramadan dan Syawal, UMW Toyota Motor meraikan kedatangan bulan mulia ini dengan melancarkan filem pendek berjudul ‘Kota Raya’ yang mula bersiaran di saluran YouTube rasminya pada 26 April 2022.
Filem ini menampilkan Aedy Ashraf sebagai Aidil, Amerul Afendi sebagai Fitri, selain turut menampilkan pelumba Toyota Gazoo Racing dan duta Toyota Yaris, Janna Nick sebagai Aqila.
Bulan Ramadan turut menyaksikan UMW Toyota Motor bersama dengan Harian Metro membantu mereka yang kurang bernasib baik menerusi program ‘Titipan Kasih’.
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
Menerusi program ini, UMW Toyota Motor memberikan ‘baju raya’ bernilai RM150 kepada 50 kanak-kanak, di samping ‘Kotak Rezeki’ yang berupa barangan runcit bernilai RM100 kepada 168 keluarga.
Selain itu, 50 kanak-kanak turut menerima ‘duit raya’ bernilai RM60 setiap seorang menerusi program ini yang menyaksikan sukarelawan dari UMW Toyota Motor ‘berkampung’ seharian di Masjid Nurul Iman di Kampung Tengah, Puchong.
Sempena Hari Raya, UMW Toyota Motor bakal menganjurkan ‘Toyota Raya Open House Weekender’ pada 21 dan 22 Mei 2022 di semua bilik pamerannya, seluruh negara. Acara ini menyaksikan lanjutan tawaran hebat dan promosi Ramadan terkini dari UMW Toyota Motor.
Pengunjung yang memandu uji mana-mana model Toyota akan menerima hadiah (sementara stok masih ada), selain aktiviti yang telah diaturkan oleh pihak bilik pameran.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge
JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?
JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!
KOMEN TERKINI