ARKIB

KATEGORI

Buletin

UMW Toyota Motor catat 7,528 unit jualan model Toyota dan Lexus pada Januari

Berita Tempatan

Views

UMW Toyota Motor membuka tahun 2022 dengan langkah kanan dan berjaya mencatatkan jumlah jualan sebanyak 7,528 unit untuk jenama Toyota dan Lexus pada bulan Januari.

Ia meningkat sebanyak 96 peratus berbading tempoh yang sama tahun lalu yang hanya menjual sebanyak 3,845 unit.

Bukan itu sahaja, ia turut berjaya mengekalkan takhtanya sebagai jenama Bukan-Nasional Nombor 1 untuk tahun yang keenam tahun lalu.

Vios muncul model Toyota paling laris dengan mengumpul sebanyak 28 peratus daripada jumlah jualan keseluruhan bulan lalu, manakala Hilux masih lagi kekal sebagai “Raja trak pikap” dengan 38 peratus jumlah jualan keseluruhan.

Menurut Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran K, pihaknya amat berterima kasih kepada kerajaan kerana melanjutkan ‘cuti cukai jualan’ sehingga 30 Jun nanti.

JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”

Beliau turut menggesa para peminat jenama itu untuk mengambil kesempatan ini untuk membuat pembelian dan UMW Toyota Motor turut menawarkan penjimatan menerusi kempen jualan ‘Stay Ahead‘ yang sedang berlangsung.

Kempen ini menawarkan penjimatan sehingga RM4,500. Menerusi kempen ‘Stay Ahead’, Vios ditawarkan dengan bayaran ansuran bulanan bermula dari RM540 dengan penjimatan cukai jualan sebanyak RM2,216.

Bagi model Yaris, ia ditawarkan dengan bayaran ansuran bulanan bermula dari RM493, selain penjimatan cukai jualan sebanyak RM2,192.

Awal bulan lalu, UMW Toyota Motor bersama-sama Yayasan Raja Muda Selangor turun membantu mangsa banjir menerusi program ‘Back On Your Feet’ dengan menyumbangkan RM10,000 kepada Sekolah Kebangsaan Sungai Lui.

UMW Toyota Motor turut menyumbangkan peralatan rumah yang penting seperti periuk nasi, cerek dan dapur gas untuk komuniti yang terkesan akibat banjir di kawasan tersebut.

Pada 14 Januari lalu, UMW Toyota Motor telah melancarkan model hibrid pemasangan tempatan yang pertama yang dibangunkan dari pelantar Toyota New Global Architecture (TNGA), iaitu Corolla Cross Hybrid.

JOM BACA >> INTIP: Prototaip ujian trak pikap Geely Hao Yue (VX11)@Proton X90 dikesan, bakal jadi model EV?

Sejak dibuka untuk tempaha pada Oktober tahun lalu, Corolla Cross Hybrid telah berjaya mencatat jualan sebanyak 40 peratus daripada jumlah jualan model Corolla Cross.

Model hibrid ini dilengkapi dengan bateri Toyota Hybrid Electric System generasi ke-4 yang direka untuk tahan lama sepanjang hayat kenderaan tersebut.

Bateri ini direka untuk memenuhi lima parameter penting iaitu keselamatan, hayat guna jangka panjang, tahap kualiti tinggi, produk bermutu yang termampu dan prestasi tinggi.

Dengan harga jualan bermula dari RM136,550 (tanpa insurans), Corolla Cross Hybrid turut didatangkan dengan jaminan pengeluar selama 5-tahun tanpa had perbatuan.

Tempoh jaminan ini boleh dilanjutkan kepada 8 tahun tanpa had perbatuan yang merangkumi pek bateri hibrid, penyongsang (inverter) dan Unit Kawalan Pengurusan Kuasa.

Selain itu, pelanggan juga boleh memilih untuk melanjutkan lagi jaminan selama dua tahun, sekali gus menjadikan tempoh jaminan selama 10 tahun yang julung kalinya buat industri tempatan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC2 naik Genting Highlands pula
JOM BACA >> SPEKULASI : Axia generasi kedua (D74A) sedang dibangunkan, bakal dilancar pada 2023?
JOM BACA >> INTIP: Proton X50 ini kelihatan seperti sedang ‘menguji sesuatu’
JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply