UMW Toyota Motor mengiktiraf pekerja selepas-jualan yang berkemahiran tinggi di petandingan kemahiran tahunan untuk memberi motivasi kepada mereka untuk meneruskan peningkatan dan kecemerlangan mereka dalam keupayaan kemahiran teknikal. Pertandingan Toyota Skills Contest terbuka kepada semua kakitangan selepas-jualan dari 72 cawangan dan lebih daripada 1,000 kakitangan telah mengambil bahagian di peringkat wilayah. Pusingan akhir Toyota Skills Contest 2013 telah diadakan pada 22 September, dengan 75 finalis mewakili wilayah mereka bersaing untuk dianugerahkan Juara dalam kategori yang dipertandingkan.
“Professionalisma, kemahiran dan kerjasama telah memastikan kami mendengar permintaan dan aduan pelanggan dengan tepat, menganalisa dan kerja pembaikan dibuat dengan betul, dalam temph sesingkat yang mungkin dan keputusannya memastikan pelanggan kami pulang dengan gembira dan puas hati. Jika pelanggan kami gembira dan berpuas hati dengan perkhidmatan kami, mereka akan menjadi pelanggan kami seterusnya.” kata Datuk Ismet Suki, Presiden UMW Toyota Motor.
12 kategori telah dipertandingkan antaranya ialah Service Advisor, Parts Assistant, Technician Diagnosis, Technician Junior, Technician Pro, Customer Relations, Workshop Controller dan Admin Assistant for General Service. Manakala di bawah Body & Paint, kategori Service Advisor, Parts Assistant, Body Technician dan Paint Technician dipertandingkan.
Menurut Datuk Ismet Suki “ Juara 7 kategori dalam pertandingan tersebut akan menerima undangan dari Toyota Motor Corporation untuk menghadiri acara berprestij yang dikenali sebagai Annual Assembly of International Customer Service Champions in Japan, di mana mereka bakal berpeluang untuk bertemu Juara Toyota yang lain dari seluruh dunia. Mereka akan dilantik sebagai ahli pertubuhan Toyota International Customer Service Champion”.
Toyota Skills Contest, diadakan etiap tahun sejak 23 tahun yang lalu dan ia mencabar pekerja UMW Toyota Motor dan cawangan mereka untuk memberikan khidmat yang terbaik buat para pelanggannya. Berikut adalah keputusan penuh Toyota Skills Contest :
KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ
KOMEN TERKINI