Bukan satu, tetapi UMW Toyota Motor (UMWT) dan GAZOO Racing Malaysia malam tadi melancarkan lima model baharu dan kesemuanya terdiri daripada model GR dan GR Sport.
Dengan bertemakan ‘Awaken the Beasts‘, tiga daripadanya adalah model GR iaitu GR Supra, GR Corolla dan GR86, manakala baki dua lagi merupakan varian GR Sport iaitu Hilux GR Sport dan Corolla Cross GR Sport.
Berikut adalah senarai model dan harga (atas jalan tanpa cukai jalan dan insurans):
- GR Supra – RM645,000
- GR Corolla – RM355,000
- GR 86 – RM295,000
- Hilux GR Sport – RM159,880
- Corolla Cross GR Sport – RM142,000
Menurut Timbalan Pengerusi UMW Toyota Motor, Takashi Obata, pengenalan model GR dan GR Sport ini adalah manifestasi aspirasi Toyota untuk membina kereta yang direka bentuk dengan DNA yang diperoleh daripada pengalaman dan pencapaian mereka dalam arena sukan permotoran global.
Bagi Presiden UMW Toyota Motor, Datuk Ravindran K pula, mereka berbangga kerana dapat terus mengembangkan kehadiran GR di Malaysia, bukan sekadar penawaran kenderaan malah rangkaian komprehensif alat ganti berprestasi selepas pasaran menerusi GR Garages dan GR Outlets di seluruh negara.
Produk GAZOO Racing mula ditawarkan ke pasaran Malaysia sejak pengenalan GR Supra pada 2019, diikuti dengan GR Yaris pada 2020. Dalam tahun yang sama juga UMW Toyota Motor memperkenalkan Vios GR Sport di Malaysia.
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
Toyota GR Supra
Sejak ia mula diperkenalkan 2019, GR Supra hanya ditawarkan dengan transmisi 8-kelajuan automatik. Namun untuk kali ini, ia ditawarkan dengan pilihan 6-kelajuan manual. Ia masih menggunakan enjin 3.0-liter twin-scroll turbo enam-silinder sebaris yang menjana 388 PS dan daya kilas maksima 500Nm pada 1800-5000 rpm.
Ia turut dilengkapi dengan dua mod pemanduan, Sports dan Normal, serta rim aloi rekaan baharu bersaiz 19-inci. Model ini juga didatangkan dengan ciri keselamatan Toyota Supra Safety (ADAS), filem keselamatan dan penapis haba, sistem multimedia bersaiz 8.8-inci beserta paparan dongak, meter digital dengan skrin 8-inci serta sistem bunyi premium JBL dengan 12 pembesar suara.
Toyota GR Corolla
Model yang paling dinanti-nantikan, iaitu GR Corolla dikuasakan oleh enjin 1.6-liter tiga-silinder turbo yang menghamburkan 300 PS dan 370 Nm daya kilas. Enjin ini digandingkan dengan transmisi manual pintar 6-kelajuan (iMT) dan dilengkapi dengan sistem pacuan GR-FOUR AWD.
Ia didatangkan dengan bumbung bumbung gentian karbon palsu, spoiler belakang, hud berventilasi, tayar Yokohama Advan dan rim Aloi 18-inci. Selain itu GR Corolla dilengkapi unit inforia bersama paparan 9-inci nirwayar dengan ketersambungan Apple CarPlay dan Android Auto, enam pembesar suara standard dan sistem keselamatan Toyota Safety Sense 3.0.
Toyota GR86
Model ketiga dalam keluarga GR, iaitu model coupe sport GR86 dikuasakan oleh enjin 2.4-liter aspirasi alam (NA) Boxer yang menjana 237 PS dan 250 Nm daya kilas. Ia dipadankan dengan pilihan transmisi, sama ada 6-kelajuan manual atau automatik dengan paddle shifter.
Rangkaian kuasa ini membolehkan GR86 memecut dari 0-100km/j dalam masa 6.3 saat. GR86 dilengkapi dengan ciri keselamatan penuh yang merangkumi sistem pra-perlanggaran, kawalan jelajah adaptif, amaran keluar lorong, pemantau titik buta, pancaran lampu tinggi automatik dan tujuh beg udara.
Selain itu, GR86 ditawarkan dengan paparan sesentuh 8-inci dengan ketersambungan Apple CarPlay dan Android Auto, enam pembesar suara, meter digital bersaiz 7-inci, kemasan tempat duduk kombinasi kulit dan suede serta kawalan iklim automatik dwizon.
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu (D92A)
Toyota Hilux GR Sport
Hilux GR Sport menampilkan sistem suspensi sport baharu dengan peredam monotiub. Ia turut dilengkapi dengan paddle shifter, yang pertama seumpamanya dalam barisan Hilux.
Dari segi penampilan, ia dipasang dengan bampar hadapan baharu, cermin sisi dicat hitam, bingkai jeriji dan overfender kemasan warna badan, palang sport hitam, antena sirip jerung baharu dan pelekat badan kereta dengan grafik kombinasi hitam dan merah yang diinspirasikan dari kereta rali Toyota GAZOO Racing.
Hilux GR Sport turut dipasang dengan angkup brek merah dengan logo GR dan rim aloi rekaan baharu bersaiz 18-inci. Di ruangan kabin, ia dihiasi jahitan bebenang merah, tempat duduk depan yang direka semula dengan kemasan kulit dan suede, stereng berlogo GR kemasan kulit, meter optitron dengan tema GR, butang penghidup enjin GR dan injak sport aluminium.
Toyota Corolla Cross GR Sport
Corolla Cross GR Sport menampilkan warna badan dwitona, kemasan hitam pada cermin sisi, bumbung, spoiler belakang dan jeriji hadapan untuk gaya yang lebih sporty. Ia dilengkapi dengan rim aloi rekaan GR Sport bersaiz 18-inci, lampu LED dengan lensa jernih dan kemasan bawah bampar belakang.
Ruang kabinnya turut menggunakan tema hitam dengan jahitan bebenang merah, butang penghidup enjin berlogo GR, stereng balutan kulit kemasan jahitan bebenang merah larasan condong dan teleskopik, kemasan kulit pada tuil gear dengan jahitan bebenang merah, balutan tempat duduk jahitan bebenang merah dengan logo GR timbul pada tempat letak kepala dan alas kaki GR.
Ia dilengkapi dengan enjin 1.8-liter aspirasi alami (NA) empat-silinder yang menghasilkan 139 PS dan 172 Nm daya kilas. Enjin ini dipadankan dengan transmisi 7-kelajuan CVT, stereng kuasa elektrik dengan ECU Sport, suspensi depan dan belakang yang ditala khas, palang berprestasi di bawah casis dan sistem keselamatan Toyota Safety Sense.
KLIK UNTUK BESARKAN
Toyota GR Supra
Toyota GR 86
Toyota GR Corolla
Toyota Corolla Cross GR Sport
Toyota Hilux GR Sport
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X90 (VX11) singgah di Kuantan!
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan
JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan
JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ
KOMEN TERKINI