ARKIB

KATEGORI

Buletin

UMW Toyota taja kenderaan rasmi Jelajah Malaysia

Views

Perlumbaan basikal tertua di Asia, Jelajah Malaysia yang kini memasuki edisi ke-53 bakal menampilkan 70 unit kenderaan Toyota pelbagai model yang menjadi kenderaan rasmi untuk acara tersebut. Diikitiraf oleh Union Cycliste Internationale (UCI) sebagai acara berstatus 2.2, Jelajah Malaysia mula diperkenalkan sejak 1963 dan telah menarik perhatian ramai pelumba dari seluruh dunia.

Timbalan Perdana Menteri, Y.A.B. Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi hadir dalam satu majlis pengumuman laluan dan pengenalan penaja Jelajah Malaysia 2017 yang bertempat di Putrajaya, semalam. Dalam acara tersebut, Persiden UMW Toyota Motor. En. Ravindran K berkata, ini merupakan peluang yang baik bagi syarikat untuk menyokong acara yang terkenal dan berjaya seperti Jelajah Malaysia.

UMW Toyota Motor akan menaja beberapa model seperti Avanza, Sienta, Innova, Fortuner dan Hilux untuk berkhidmat sebagai kenderaan rasmi sepanjang acara berlangsung dari 3 hingga 7 Oktober 2017. Jelajah Malaysia akan merentasi Pantai Barat Semenanjung Malaysia dengan laluan sepanjang 700km yang akan berakhir di Alor Setar. Seramai 132 pelumba tempatan dan antarabangsa akan dilepaskan di Ibu Pejabat UMW Toyota Motor di Shah Alam dan mereka bakal bersaing dalam lima peringkat.

Selain dari elemen perlumbaan, penganjur juga menyasarkan untuk mempromosikan persekitaran menunggang yang selamat untuk pelumba dan juga pengguna jalan raya dengan klinik pelumba dan pengedaran poster ke sekolah-sekolah di sepanjang laluan perlumbaan untuk memberi penekanan kepada amalan dan etika tunggangan yang selamat.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply