ARKIB

KATEGORI

Buletin

UMWT catat rekod jualan pada bulan Ogos 2022, Toyota Veloz terima 5,200 tempahan

Berita Tempatan

Views

UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) mencatatkan rekod jualan baharu untuk jenama Toyota bagi bulan Ogos 2022 dengan jualan sebanyak 8,961 unit, manakala Lexus pula merekodkan jualan 130 unit.

Jualan keseluruhan untuk bulan Ogos 2022 adalah sebanyak 9,091 unit (Toyota + Lexus), berbanding hanya 6,637 unit pada bulan Julai 2022.

Jumlah jualan untuk tahun ini setakat Ogos 2022 adalah sebanyak 61,639 unit (Toyota + Lexus), berbanding hanya 38,085 unit yang didaftarkan dalam tempoh sama tahun lalu, meningkat sebanyak 62 peratus.

JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

Model MPV tujuh-tempat duduk yang bakal dilancarkan tidak lama lagi, Toyota Veloz telah mencatatkan tempahan sebanyak 5,200 unit.

Menurut Presiden UMW Toyota Motor Ravindran K, pihaknya amat bersyukur atas sokongan padu dan akan bekerja lebih keras untuk memastikan penghantaran kereta baharu kepada pelanggan.

Tambah beliau, pengenalan Veloz akan menjadi detik penting buat mereka dan yakin ia
akan menjadi popular di kalangan rakyat Malaysia dengan tawaran premium yang berbaloi, ciri-ciri canggih
dan pastinya, kualiti dan keandalan Toyota yang cukup terbukti.

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

UMWT turut mengumumkan yang mereka bakal memperkenalkan siri Innovative International Multi-
Purpose Vehicle (IMV) yang dipertingkatkan, iaitu Fortuner dan Hilux pada September, manakala Innova pada bulan Oktober di semua rangkaian pengedarnya.

Tempahan untuk model siri IMV bermula pada 1 September 2022. Bersempena dengan sambutan Merdeka dan Hari Malaysia 2022, UMWT akan menawarkan pakej nilai-tambah untuk para pelanggan seluruh negara dan tawaran hebat sehingga RM4,000 untuk varian terpilih Vios dan Yaris.

Promosi ini akan berlangsung sehingga akhir bulan September. UMW Toyota Motor turut menjemput rakyat Malaysia untuk menyaksikan video pendek berjudul “Pewaris Harapan Negara” yang menampilkan anak-anak kakitangan menyanyikan lagu patriotik “Sejahtera Malaysia” Anda boleh menonton video tersebut di sini.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply