ARKIB

KATEGORI

Buletin

UMWT pertingkat model Toyota Fortuner, Hilux, dan GR86 untuk tahun 2024- Tempahan kini dibuka!

Berita Tempatan

Views

UMW Toyota Motor (UMWT) kini membuka tempahan untuk model Toyota Hilux, Toyota Fortuner dan Toyota GR86 2024 yang dipertingkatkan.

Menurut Presiden UMW Toyota, Datuk Ravindran K., pihaknya teruja untuk memperkenalkan model-model yang dipertingkatkan ini ke pasaran, menjelmakan falsafah ‘Move Your World‘ syarikat dengan menyampaikan kenderaan yang selaras dengan aspirasi dan keperluan pelanggannya.

Toyota Hilux 2024

Trak pikap pilihan utama rakyat Malaysia, Toyota Hilux 2024 tampil dengan reka bentuk yang lebih mantap dan ciri yang dipertingkatkan. Penambahbaikan terkini, termasuklah Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC) untuk varian Hilux 2.4 Single Cab.

Ia turut dilengkapi dengan ciri Penghidup Enjin Kawalan Jauh yang buat julung kalinya diperkenalkan pada model Toyota dan ditawarkan untuk varian yang terpilih.

Ciri ini membolehkan pengguna menghidupkan atau menghentikan enjin, memanaskan atau menyejukkan kabin, dan juga menjadualkan operasi enjin melalui aplikasi Toyota My.

Selain itu, Monitor Pandangan Panoramik  turut ditawarkan sebagai aksesori standard untuk varian Hilux 2.8 GR Sport, Hilux 2.8 Rogue dan Hilux 2.4V.

Pengecas Nirwayar pula didatangkan sebagai standard untuk varian Hilux 2.8 GR Sport dan Hilux 2.8 Rogue, dan pilihan untuk varian lain, kecuali Hilux 2.4 Single Cab.

JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China

Varian Hilux 2.8 GR Sport dijana oleh enjin 2,755 cc yang menghasilkan output sebanyak 224 PS dan 550 Nm daya kilas, manakala varian Hilux 2.8 Rogue pula menjana output sebanyak 204 PS dan 500 Nm daya kilas.

Varian 2.4V pula menampilkan enjin 2,393 cc dengan output sebanyak 150 PS dan 400 Nm daya kilas. Harga yang ditawarkan bermula dari RM104,880 tidak termasuk insurans.

Toyota Fortuner

Fortuner kini ditawarkan dengan kit badan GR serba baharu sebagai aksesori pilihan untuk varian Fortuner 2.7 SRZ dan Fortuner 2.4. Kit badan ini terdiri daripada:

  • Skirt bampar hadapan
  • Kemasan lampu kabus
  • Skirt bampar belakang

Selain itu, ciri Penghidup Enjin Kawalan Jauh kini ditawarkan pada varian Fortuner 2.8 VRZ dan Fortuner 2.7 SRZ.

Varian Fortuner 2.7 SRZ dikuasakan oleh enjin petrol 2,694 cc yang menghasilkan 166 PS dan 245 Nm daya kilas, manakala Fortuner 2.8 VRZ pula menampilkan enjin diesel 2,755 cc dengan 204 PS dan 500 Nm daya kilas.

JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…

Varian Fortuner 2.4 dilengkapi enjin diesel 2,393 cc yang menghasilkan 150 PS dan 400 Nm daya kilas. Harga bermula dari RM195,880 tidak termasuk insurans.

Toyota GR86

Model sports coupe, Toyota GR86 menawarkan peningkatan ketara untuk kedua-dua varian 2.4 automatik dan 2.4 manual.

Antara yang ditambahbaik adalah tindak balas pendikit telah ditala dengan lebih teliti, manakala sistem gantungan/suspensinya pula telah diperhalusi untuk pengendalian yang lebih mantap dan ‘menjiwai’ jalan.

Sistem stereng kuasanya juga telah ditentukur semula untuk pengalaman pemanduan yang lebih jitu. Bagi transmisi automatik, talaan baharu membolehkannya ‘melangkau gear’ (downshift) pada rpm lebih tinggi.

Bagi peminat transmisi automatik, GR86 2.4 A/T kini menampilkan penalaan transmisi yang dipertingkatkan yang membolehkan RPM enjin lebih tinggi selepas melangkau gear.

GR86 kini dilengkapi dengan Perakam Video Digital (DVR) berdefinisi penuh (HD) di hadapan dan belakang sebagai ciri standard. Harga yang ditawarkan bermula daripada RM295,000 tidak termasuk insurans.

KLIK UNTUK BESARKAN

Toyota Hilux

Toyota Fortuner

Toyota GR86

JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply