ARKIB

KATEGORI

Buletin

Unit pameran Subaru Forester untuk dijual!

Views

Ini berita baik bagi peminat SUV! Motor Image Malaysia kini menawarkan harga menarik untuk unit (CKD) Subaru Forester. Promosi ini hanyalah untuk unit pelancaran yang masih belum didaftarkan, siri jelajah (roadshow) dan unit pameran sahaja. Harga yang ditawarkan bermula dari RM119,800 (harga atas jalan termasuk GST tanpa insurans) bagi Semenanjung Malaysia dan bermula dari RM122, 261 (harga atas jalan termasuk GST tanpa insurans) bagi Malaysia Timur.

Varian Forester 2.0i dan 2.0i-P dijana oleh enjin Boxer FB20 2.0-liter empat silinder 16-Injap yang cukup berkuasa serta dilengkapi dengan teknologi Symmetrical All-Wheel Drive (AWD) yang membantu memberikan lebih cengkaman pada permukaan basah dan berlumpur.

Subaru Forester juga dilengkapi dengan tujuh (7) beg udara, paling banyak dalam kelasnya yang memberikan perlindungan dan keselamatan terunggul kepada kesemua penumpang. Selain itu, Motor Image Malaysia turut menawarkan waranti lima (5) tahun dan tiga (3) tahun servis percuma. free service from point of registration.

Unit adalah terhad dan pelanggan boleh memilih lima pilihan warna yang menarik – Pure White, Ice Silver Metallic, Sepia Bronze Metallic, Dark Grey Metallic dan Obsidian Black Pearl. Tempahan untuk unit pameran telah dibuka di kesemua bilik pameran Subaru seluruh negara. Jangan lepaskan peluang ini, jom ke bilik pameran Subaru yang terdekat sekarang!

KLIK UNTUK BESARKAN

header01_ckd header02_ckd

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply