ARKIB

KATEGORI

Buletin

Unit terakhir Proton Persona

Views

Kami mendapat beberapa keping foto dari laman Facebook Kamal Suhaili yang menunjukkan unit terakhir model Proton Persona yang akan keluar dari kilang Proton di Tanjung Malim. Ia sekaligus menandakan berakhirnya tempoh sepuluh tahun sejak pengeluaran pertamanya pada 2006 dan model generasi baharunya kini siap sedia untuk dikeluarkan.

Persona generasi baharu juga akan dikeluarkan di kilang yang sama dan setakat ini kami difahamkan ia berada di fasa pra-pengeluaran. Model sedan segmen B ini adalah versi sedan model hatchback Iriz yang bakal bersaing dengan Toyota Vios, Honda City, Polo sedan dan Nissan Almera yang berada dalam segmennya. Generasi baharu Persona bakal dilancarkan selepas pelancaran Perdana 2016 pada bulan hadapan.

* Foto asal terpaksa diturunkan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Harap maklum.

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

11 Comments


  • proton xda team maintenence kilang sendiri ka???
    xkan rosak mcm tu pun xkena baiki…
    macam mana nak maintenence kereta orang lain kalau kilang sendiri pun x terjaga..
    bukan nak kondem proton tapi apa yang dibeli penguna bermula di kilang proton itu sendiri.


    • ni mesti tak pernah kerja dalam kilang automotive ni.. kalau tgk dalam tv tu.. sblm tv datang dorang cat elok2.. n set mana tv tu leh shot jer… #apakeheynyer


      • Tak pernah kerja kilang otomotif. Infact lepas spm tak pernah kerja kilang.

        #LantaiKilangBerlubang
        #TvApaPlakNih
        #GambaqLantaiLubangDahHilang


        • Kalau tengok dekat National Geographic untuk siri kilang kereta (e.g. Megafactories), banyak tempat yang restricted yg memang tak bagi rakam. And nope, saya bukan cerita tentang tempat R&D.

          In fact, ada salah satu episod kilang pembuatan kereta Tesla yg dia bagi gak la rakam kat area kilang yg buruk gila lagi kuno. Tu sebab dia nak bagitau bahawa kilang (yg beroperasi dari kilang sebelumnya) tu belum dimanfaatkan sepenuhnya untuk full capacity. In fact, ia melibatkan sebahagian besar floospace dari kilang tu. Dari segi keselamatan, pun agak questionable dari mata kasar. But of course, keluar pun berapa saat je kat tv.

          Kat luar, it’s all rainbows lah.

          Satu-satunya carmaker yg aku percaya luar dalam kilang nak nampak perfect adalah Pagani. Sampai vendor dia pun terpaksa adakan ‘lokasi khas’ dalam kilang mereka, disebabkan sifat Pagani yg agak esentrik. But still, itu kalau aku ambil rancangan tv at face value lah.

Leave a Reply