ARKIB

KATEGORI

Buletin

Urusan pembaharuan cukai jalan dan pembelian insurans kenderaan Zurich Malaysia lebih mudah menerusi kiosk

Berita Tempatan

Views

Menurut Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), sebanyak lebih dua juta cukai jalan tidak diperbaharui berikutan penutupan kaunter JPJ sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Bagi mengatasi masalah tersebut, Zurich General Insurance Malaysia Berhad (Zurich General Insurance), Finology Sdn Bhd (Finology) dan PayLink Global (M) Sdn Bhd telah bekerjasama untuk menyediakan perkhidmatan pembaharuan cukai jalan raya dan pembelian insurans kenderaan melalui kiosk.

Ia merupakan kerjasama yang pertama seumpamanya di Malaysia. Menerusi kerjasama strategik ini, pengguna jalan raya di Malaysia akan menikmati kemudahan bagi memperbaharui cukai jalan atau membeli insurans kenderaan untuk kereta dan motosikal mereka. Terdapat kira-kira 250 kiosk Payquik telah ditempatkan di beberapa lokasi strategik di seluruh negara, seperti di pejabat syarikat utiliti, pusat membeli-belah dan juga bangunan kerajaan.

JOM BACA >> Perodua Ruza – Cucu ‘Rusa’ dijelmakan dalam bentuk digital

Ketua Pegawai Eksekutif Zurich General Insurance, Junior Cho berkata, pihaknya sentiasa mencari penyelesaian baharu yang dapat memenuhi keperluan pengguna yang terus berkembang. Tambah beliau, kerjasama dengan Finology dan Payquik akan memberikan akses yang lebih luas bagi pengguna jalan raya untuk mendapatkan perkhidmatan dan perlindungan yang mereka perlukan dengan pantas dan mudah.

Menurut statistik JPJ dari tahun 2018, terdapat kira-kira 29 juta kenderaan berdaftar di Malaysia. Dari jumlah ini, hanya 19 juta kenderaan yang memperbaharui cukai jalan setiap tahun dan kira-kira 95 peratus daripada kenderaan yang mempunyai cukai jalan yang sudah tamat tempoh adalah motosikal.

JOM BACA >> Kalau inilah rekaan Myvi generasi ke-4, ada yang sanggup ‘pecah tabung’ tak?

Ujar Pengarah Urusan Finology, Jared Lim, pembelian insurans kenderaan dan pembaharuan cukai jalan melalui kiosk adalah alternatif terbaik kerana masih terdapat pengguna yang lebih gemar membayar menggunakan wang tunai atau tidak memiliki kad kredit. Tambahnya, kiosk ini beroperasi 24 jam yang membolehkan pelanggan membuat pembelian atau pembaharuan mengikut keselesaan mereka.

Kerjasama terbaharu ini adalah usaha bersama untuk mempromosikan financial inclusion dan menawarkan liputan menyeluruh kepada rakyat Malaysia semasa di atas jalan raya. Pada tahun 2019, Zurich dan Finology bekerjasama untuk menawarkan perkhidmatan pembelian insurans dalam talian end-to-end kepada pelanggan melalui platform Finology iaitu loanstreet.com.my.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Myvi versi heijiworks7 ini memang padu!
JOM BACA >> Mungkinkah model ini bakal jadi trak pikap Proton? Lebih baik jangan sebab hodoh sangat!
JOM BACA >> INTIP : Foto papan pemuka Proton X50 dengan meter analog berjaya diintai!
JOM BACA >> Betul ke kena tekan butang hidup enjin 3 kali kalau takut enjin cepat rosak?
JOM BACA >> Kereta CKD dikecualikan Cukai Jualan, 50 peratus bagi kereta import mulai 15 Jun hingga 31 Disember 2020

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply