ARKIB

KATEGORI

Buletin

Usaha gigih selama empat tahun, akhirnya rider foodpanda ini berjaya genggam PHD

Berita Tempatan

Views

Kegigihan seorang ‘riderfoodpanda yang bekerja sambil belajar selama empat tahun berjaya membuahkan hasil apabila dia berjaya menggenggam Ijazah Kedoktoran (PhD).

Menurut portal Pahang Media, graduan Ijazah Kedoktoran (PhD) dalam bidang Teknologi Farmaseutikal, Universiti Malaysia Pahang (UMP) ini, tidak pernah terniat di hatinya untuk menarik perhatian ramai dengan kejayaan yang dicapai.

Katanya, dia hanya berkongsi kegembiraan (berkongsi gambar di group WhatsApp) apabila usaha selama empat tahun menyiapkan tesis berjaya diselesaikan.

JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”

Pada mulanya dia berasa tidak selesa apabila kisah ini mula tular, namun dia beranggapan ia mungkin dapat memberi inspirasi kepada orang lain.

Berkongsi kisah lanjut, dia berkata, peluang menambah pendapatan dengan menjadi penghantar makanan muncul ketika pandemik COVID-19 melanda, tahun lalu.

Pada tiga tahun pertama, dia sememangnya fokus dalam tugasan di makmal melibatkan kajian berkaitan penghasilan produk probiotik dalam bentuk tablet yang mempunyai ketahanan dari asid dalam perut.

JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton

Pada tahun keempat pula, dia memulakan penulisan tesis dan memandangkan pada waktu itu negara dilanda pandemik COVID-19, justeru dia memilih untuk bekerja di waktu siang sebagai penghantar makanan untuk menambah pendapatan di samping menyiapkan penulisan tesis pada waktu malam.

Kejayaan Mohd Akmal turut menarik perhatian Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang berkenan menerima mengadapnya di Istana Abdulaziz, semalam.

Baginda berharap agar iltizam dan semangat yang ditunjukkan oleh Mohd Akmal menjadi contoh serta teladan terbaik kepada masyarakat khususnya mahasiswa di universiti.

Kebawah Duli Tuanku turut berkenan mengurniakan sumbangan kepada Mohd Akmal atas kecekalan dan kejayaannya menyiapkan tesis pengajian dengan sempurna.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply