ARKIB

KATEGORI

Buletin

Usahawan tawar khidmat jentolak secara percuma bantu operasi musnahkan kebun durian haram

Tular

Views

Seorang usahawan dari Kuala Krai, Kelantan menawarkan jentolak miliknya untuk membantu Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) dalam operasi memusnahkan kebun durian haram di Hutan Simpan Kekal (HSK) Batu Talam di Raub.

Sinar Harian melaporkan, Ali Omar, 34, menawarkan menggunakan enam jentolak miliknya secara percuma untuk membantu anggota penguat kuasa jabatan itu dengan memuat naik status berkenaan perkara itu di Facebooknya pada hari ini sebelum ia tular.

12 Kereta Rare Bawah RM5K - Sembang Engear

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

Menurutnya, dia berhasrat untuk membantu anggota terlibat dalam operasi tersebut. Katanya, dengan keluasan kawasan terlibat lebih 100 hektar, ia sedikit membebankan anggota terlibat. Tambahnya, dengan penggunaan lebih banyak jentolak ia akan mengurangkan beban dan masa anggota.

Ujarnya, jika khidmat jentolak miliknya diterima, dia akan segera melakukan penghantaran jentera terbabit ke lokasi kejadian. Dia juga telah berhubung dengan pegawai jabatan dan nampaknya ada maklum balas positif.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Jadi dia berharap dengan penggunaan jentolak terbabit dapat membantu pihak jabatan. Dalam pada itu, Ali menyokong sepenuhnya usaha kerajaan negeri Pahang membanteras peneroka haram yang telah banyak menikmati keuntungan menerusi jualan durian ‘Musang King’ selama ini.

Katanya lagi, sudah tiba masanya usaha membanteras peneroka haram dilakukan dan dia mengharapkan urusan anggota terlibat berjalan lancar.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Ali Omar

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply