ARKIB

KATEGORI

Tular

Usahawan wanita ‘kotakan janjinya’, hadiahkan Abang Viva trak pikap Mitsubishi Triton!

Tular

Views

Setelah baru-baru ini Abang Viva menerima sebuah motosikal berkuasa tinggi jenis Yamaha XJ6 Diversion yang dihadiahkan oleh seorang telah dibeli oleh individu misteri, hari ini “Hero Banjir 2021” menerima pula sebuah trak pikap Mitsubishi Triton.

JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?

Trak pikap tersebut telah dihadiahkan oleh seorang seorang usahawan kosmetik bernama Wan Siti Aisyah Wan Hasan (Sha Hasan). Kata Sha Hasan, dia telah ‘mengotakan janjinya‘ sebelum ini dan mengucapkan terima kasih buat semua yang memudahkan urusannya untuk mendapatkan trak pikap itu.

Tambahnya, jika diikutkan sekurang-kurangnya dua hingga tiga bulan diperlukan untuk tempoh menunggu trak pikap tersebut, namun rezeki Abang Viva, ia berjaya juga dikeluarkan dalam tempoh yang singkat.

Menurut warganet bernama Wanputra Platehunter pula, Triton milik akan menggunakan nombor pendaftaran WAN 2030.

Jelasnya, nombor tersebut dipilih oleh Abang Viva kerana ia simbolik kepada “modal/wang saku” yang dibawanya semasa membantu mangsa banjir baru-baru ini, RM20 untuk duit minyak dan RM30 untuk duit makan.

Tahniah Abang Viva! Lepas ni nak panggil Abang Viva lagi ke atau dah tukar jadi Abang Triton pulak ye?

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Sha Hasan dan Wanputra Platehunter

JOM BACA >> GAC GS3 dilancarkan – Dua varian, harga dari bermula dari RM88,800
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan
JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya
JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply